Rahsia Tahun Baru
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 kontemporari bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulang tahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD.
Dalam surah Al Baqarah Ayat 120, marhumNya :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"
Hadith Rasulullah SAW ada menyebut : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi dan Nasarah yang tidak redha dengan Islam akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus hingga kita sendiri tidak menyedari yang sebenarnya kita telah pun mengikuti mereka, contoh mudah adalah haribulan. Berapa ramai antara kita yang tahu bahawa tarikh Masihi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka?
Dalam surah Al Baqarah Ayat 120, marhumNya :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"
21 hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini".Dalam bahasa Latin "Anno" bermaksud aku/saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21 hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai " beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan.
Tahun Masihi (bahasa Inggeris: Anno Domini, AD bermaksud "Tahun Tuhan kita") ialah gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun dalam Takwim Julius dan Takwim Gregory. Ia biasanya disingkatkan menjadi M sahaja. Era kalendar yang dirujuk kedua takwim ini ialah tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus (Al-Masih). Tahun-tahun sebelumnya pula dilabelkan sebagai Sebelum Masihi (SM).
Takwim Julius atau Kalendar Julian telah diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan dikuatkuasakan pada tahun 45 SM (709 ab urbe condita). Ia dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah dan mungkin direka bentuk lebih kurang menyamai tahun tropika yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman Hipparchus lagi.
Tahun Julius terdiri daripada 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambahkan pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julius mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya. Walaupun takwim Julius masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara, secara amnya ia telah digantikan oleh takwim Gregory moden bagi kegunaan awam.
Kalendar Gregory merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.
Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.
Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negara Eropah berbeza-beza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan