Selasa, 14 Jun 2011

Jin Gua Hira`


Makhluk Gua Hira`



Mungkin ada diantara kita masih ingat tentang gambar jin/syaitan yang tersebar luas suatu ketika dahulu. Isu ini pernah menjadi bahan hangat di dalam internet dan surat khabar pada awal tahun 90an. Dikatakan gambar ini ditangkap di dalam sebuah gua dan dispesifikasikan lagi di dalam Gua Hira`. Pemilik gambar ini (Amar Kamel) mengaku telah mengambil gambar ini ketika dia mengunjungi Arab Saudi (UAE). Setelah mendengar bunyi suara pelik di suatu arah, lantas dia menangkap gambar dari arah suara itu keluar. Dia mendapati ada gambar jin di dalamnya dan terus menghantar berita kepada media.

Dalam Islam, Gua Hira merupakan tempat suci dimana Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertama. Tempat Nabi-Nabi adalah tempat mulia/suci dan terjaga dari sekelian keburukan dunia, mana mungkin tempat tersebut boleh di huni oleh jin mahupun syaitan.

Foto tersebut kononnya dijadikan sebagai bukti kewujudan jin/syaitan. Gambar tersebut jelas memperlihatkan susuk tubuh lengkap satu makhluk yang menggerunkan. Makhluk itu seolah-olah sengaja menonjolkan diri bilamana matanya memandang tepat ke arah cahaya kamera.

Apakah tujuan sebenar gambar tersebut diedarkan?Adakah ianya bertujuan untuk menghina Nabi Muhammad SAW. Kononnya tempat baginda menerima wahyu pertama (Surah Iqra`) merupakan tempat yang didiami syaitan/iblis/jin dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya setan di dalam gua. Mungkinkah pengedar gambar ini cuba memesongkan aqidah ummat Islam? Nauzubillah !



Sekian lamanya tiada pihak yang dapat menyangkal dakwaan tersebut. Akhirnya seorang wartawan Muslim-Turki dari Istanbul bernama Ali Murat Guven berjaya merungkai misteri ini. Beliau membuktikan bahawa sebenarnya gambar itu hanyalah sebuah patung yang diambil di Cheddar Caves atau dikenali sebagai Quest Crystal, Bristol, England. Ianya BUKAN syaitan, atau jin, atau makhluk aneh tetapi hanyalah patung plastik yang direka dan dibuat serta dipamerkan sebagai tarikan pelancong.


Sekalung tahniah kepada Saudara Ali Murat kerana berjaya menjejaki dan menyelidik kebenaran tentang `makhluk Gua Hira` ini.

 

Tiada ulasan: