Selasa, 14 Jun 2011

Isu Nama Allah


Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan.



Apabila melihat isu ini dengan ilmiah, kita perlu mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik yang Muslim, bukan Muslim, manusia dan haiwan serta seluruh hidupan dan kewujudan.



Perbezaannya ialah hanya pada Siapa layak disebut Allah ? Sifat dan Ciri Allah, juga apakah ajaran yang datang daripada Allah ?


Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (Rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Manakala Kristian berpegang kepada rujukan mereka iaitu Bible bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri dan menjadikan Jesus sebagai Anak Allah.

Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita . Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam.



Kita (orang Islam) tidak bersetuju dengan Kristian di dalam hal tersebut tetapi kita tidak boleh mengatakan bahawa bukan Allah tuhan mereka..kerana tuhan mereka tetap Allah dan apa yang mereka anggap tuhan itu sebenarnya ialah Allah SWT cuma sifat-Nya dan ciri-ciri Allah itu yang kita perselisihkan. (puncanya rujukan tidak sama apabila kita merujuk Al-Quran dan mereka (Kristian) merujuk Bible.


Asalnya , agama Kristian [ Nasara/Nasrani ] , Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil .



Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendeta Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba , Injil Matthew dan sebagainya . Semenjak itu mereka menyengutukan [ mensyirikkan ] Allah SWT Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti tuhan anak , tuhan bapa dan tuhan ibu .


Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam . Justeru Allah SWT adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak di sembah .


Bagi mana - mana pihak mahu mengambil tuhan yang lain sebagai tuhan mereka untuk di sembah adalah terpulang kepada keyakinan mereka dan itu menjadi hak mereka dalam beragama. Tetapi mereka tidak boleh menggunakan Lafzul Jalaalah [ Allah ] sebagai Tuhan dan diletakkan di dalam rumah - rumah ibadah mereka untuk disekutukan , kerana ia disifatkan satu penghinaan kepada ummat Islam yang meletakkan Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa yang tidak sekali - kali layak disekutukan dengan segala apa jua .


Memang benar kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa ia menjadi milik eksklusif ummat Islam, kerana Allah SWT adalah Tuhan kepada seluruh ummat manusia . Tetapi penggunaan kalimah Allah itu mestilah benar dan tepat dengan keEsaan Allah. Seperti mereka mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang mencipta manusia, maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka dibenarkan untuk berkata demikian sekalipun mereka bukan muslim .


Jika mereka menggunakan kalimah Allah SWT secara benar dan betul adalah tidak mengapa. Sebagaimana yang disebut di dalam Al Quran , bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya : [ siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran .] Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah SWT dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu.

Malangnya mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat , penerbitan dan gereja - gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s .

Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald , ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam . Apakah motif penggunaan kalimah tersebut ? Jika untuk tujuan ibadah , tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini . Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak terbabit .


Kebimbangan ummat Islam adalah berasas . Penggunaan kalimah Allah tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka . Apakah ini strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam lalu memurtadkan mereka ? atau ini satu siri provokasi untuk menilai sensitiviti ummat Islam . Prasangka ini akan terus bersarang dan berlegar dalam jiwa ummat Islam selagi mana pihak terbabit tidak menjawab dan memberi penjelasan yang sewajarnya.




Jika mereka guna kalimah Allah secara salah , pasti mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang tidak rela Allah SWT dipersenda dan diperlekehkan . Tetapi jika mereka menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi , Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia , Allah adalah tuhan yang memberi rezeki dan seumpamanya , maka itu tidak mengapa dan sekalipun yang melafazkan itu bukan muslim.

Gereja di Indonesia

Di Indonesia, penganut kristian bebas menggunakan nama Allah dalam ucapan dan penulisan harian mereka termasuk untuk tujuan menyebarkan ajaran agama. Situasi ini boleh membuatkan kekeliruan terhadap umat Islam lantas boleh memesongkan aqidah orang muslim. Kita tidak mahu apa yang telah terjadi di negara jiran akan merebak ke Malaysia.

Banner di Indonesia

Namun dalam diam-diam rupa-rupanya perkara ini telah pun menular ke negara kita secara halus. Ramai ummat Islam di Malaysia yang tidak menyedarinya akibat oleh kesibukan mengurus hal-hal duniawi. Gejala ini disyaki dbawa dan disebarkan oleh pendatang asing yang berkunjung ke negara Malaysia. Buktinya terdapat poster dan pamplet/flyer yang diedarkan oleh pihak2 tertentu untuk tujuan kristianisasi.



Juga terdapat buku-buku agama tulisan mubaligh kristian yang menggunakan nama Allah sebagai tuhan diedarkan secara meluas bagi tujuan memesongkan aqidah umat Islam. Andainya kita tidak berhati-hati dalam membeli buku, mungkin kita akan tersilap pilih. Bagi yang kurang arif dalam ajaran Islam, akibatnya lebih parah jika terbaca bahan dakyah tersebut dan secara tidak langsung mereka akan tersesat.

Buku Dakyah Kristian

Di sinilah terpancar kepentingan Aqidah Islam untuk dipelajari oleh umat Islam supaya mereka mengetahui Siapakah Allah ? Apakah sifat-Nya ? dan mempelajari apa kata Al-Quran dan As-Sunnah tentang Allah untuk membolehkan mereka beriman dengan-Nya dan membezakan Allah yang difahami berdasarkan ciri-ciri yang di bawa oleh agama lain.


Al-kitab kristian

Ada hikmah disebalik kejadian ini, menyedarkan umat Islam bahawa mereka perlu mempelajari aqidah ! Perlu mendalami aqidah dan perlu melengkapi anak-anak kecil dengan ilmu Aqidah bukan hanya kerana takut tersilap dan terkeliru dengan isu Allah ! tetapi supaya anak-anak tahu siapakah Allah ? Apakah ciri-ciri dan sifat Allah yang selama ini tak pernah pun nak ambil tahu !




Marilah kita ummat Islam bersatu mempertahan dan menjaga kesucian agama Islam dari anasir-anasir luar (pelampau) yang cuba mengganggu gugat keharmonian negara kita. Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Ya Rabbi (Allah), sentiasalah berpegang teguh kepada prinsip syahadah walaupun hingga titisan darah yang terakhir (syahid).




Dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah (ayat 13), Allah SWT berfirman maksudnya : " Kerana mereka (bani Israel) melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka (bani Israel) suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Maidah : 13)


Firman Allah SWT : " Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al-Baqarah : 285)


Tiada ulasan: