Jumaat, 27 Ogos 2010

Al-Quran VS HANTU

Hantu – Istilah dalam kamus dewan disebutkan sebagai / terdiri daripada pelesit, pontianak, jembalang, pocong, langsuir dan bunian yang ertinya : Makhluk halus yang mengganggu dan merasuk manusia dengan melakukan pelbagai kemudaratan / kesengsaraan.

Dalam Kamus Arab (Al-Munjid, Lisanul Arab, Mukhtar As-Sahhah), Hantu atau makhluk halus disebutkan sebagai / terdiri daripada Al-Jinn, Jinni, Jinnah, Syaitan, Iblis dan Ifrit yang membawa erti ; Roh-roh jahat lagi kotor yang melakukan kejahatan secara tersembunyi memusuhi dan menakutkan anak adam dengan berbagai-bagai kemudaratan.

Dalam Al-Quran, `hantu` atau makhlus halus disebutkan sebagai syaitan/syayatin, jinn/jinnah, qareen, iblis, ifrit dan al-khannas. Berulang kali nama makhluk ini dinyatakan dalam Kalamullah.
Nama                    Bilangan
Syaitan-Syayatin      88 Kali
Jinn – Jinnah            39 Kali
Qareen                    12 Kali
Iblis                         11 Kali
Ifrit                            1 Kali
Al-Khannas               1 Kali

Dalam hadith (dari Ibnu Abi Haatim dari Mujahid) menjelaskan maksud ayat Al-Quran (Surah Al-Ahqaf);
“Ketika Kami (Allah) menghadapkan kepadamu beberapa Jin untuk mendengar Al-Quran“

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa terdapat sebanyak 12 000 bilangan jin dan ketua-ketua jin adalah Hissee, Musyi, Shahir, Jahir, Al-Auz, Anyan dan Ahqaf.
Rujukan : Laqtul Murjan, Halaman 78.

Terdapat sejumlah 216 ayat didalam Al-Quran yang menyatakan tentang makhluk halus (atau hantu panggilan tempatan) secara terperinci.

Makhluk halus (atau hantu panggilan tempatan) juga disebut dalam hadith / As-Sunnah seperti ;
1. Sahih Al-Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Sunan Abu Daud
4. Sunan At-Tirmizi
5. Sunan An-Nasa`i
6. Sunan Ibnu Majah
7. Sunan Ad-Darini
8. Mustadrak Al-Hakim
9. Majma` Az-Zawaid

Tanda-Tanda kerasukan,saka & histeria.
Terdapat beberapa tanda-tanda umum yang boleh dijadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu adalah mangsa kerasukan (gangguan ), saka dan histeria:

Tanda-tanda Ketika Jaga
1. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
2. Sakit kepala yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
3. Sakit dibahagian tulang rusuk kiri @ kanan.
4. Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
5. Sakit dibahagian perut tanpa sebab.
6. Istihadah ( darah yang keluar melebihi 15 hari ).
7. Terasa ada sesuatu yang mengekori anda.
8. Terasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda.
9. Sering sesak nafas menjelang maghrib dan tengah malam.
10. Timbul rasa takut tanpa sebab.
11. Nampak bayangan yang menakutkan.
12. Nampak suatu makhluk yang aneh dan menyeramkan.
13. Terasa spt ada sesuatu yg menolak ketika berada dlm tandas.
14. Seringkali pengsan tanpa sebab.
15. Takut untuk menziarahi jenazah.
16. Ada bisikan meminta mangsa melakukan sesuatu yg dilarang Allah.
17. Ragu–ragu tentang keimanan.
18. Rasa seperti hampir menemui ajal.

Tanda-tanda Ketika Tidur
19. Sukar untuk lelapkan mata.
20. Seringkali mimpi yang menakutkan.
21. Seringkali mimpi binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain.
22. Dihimpit sesuatu ketika tidur.
23. Mimpi bayi@kanak-kanak.
24. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
25. Mimpi ketempat kotor,sunyi dan menakutkan.
26. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
27. Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki ketika tidur.
28. Seringkali pengsan tanpa sebab.

Kesan-kesan Gangguan;
1. Boleh membawa maut jika sampai ajal.
2. Gila, bingung, berkelakuan seperti orang bodoh.
3. Perpecahan hubungan kekeluargaan.
4. Sakit yang berpanjangan dan para pakar perubatan moden tidak dapat mengenalpasti penyakit berkenaan.
5. Andartu bagi gadis.
6. Hilang pangkat, kerjaya dan harta benda.

Cara mengubati;
Gangguan makhluk halus/ghaib ini boleh diubati dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.
Ayat-ayat Ruqyah, ayat Kursi dan selawat Syifa` biasanya digunakan oleh ahli perubatan Islam bagi menghalau makhluk halus ini.

AYAT RUQYAH
Makna ruqyah secara terminologi adalah al -‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti disengat binatang, dirasuk hantu dan yang sebagainyanya.

Dalam Kitab Al-Qamus Al-Muhith Ruqyah dinyatakan sebagai ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.”

Ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandungi permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah SWT untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Ar-Ruqa Wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri, Hal. 4)

Ayat-ayat Ruqyah

AYAT KURSI
Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
Ayat Kursi

Fadhilat Ayat Kursi
1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
3. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
7. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
8. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

SELAWAT SYIFA`
Dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Manakala “Syafi’ bermaksud menyembuhkan.

Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak atau berbilai atas bekas pukulan terutamamanya selepas dirotan oleh perawat semasa rawatan menghalau jin yang menggunakan ayat-ayat Ruqyah.
Caranya ialah : ambil minyak urutan, sapu di atas telapak tanganm, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas bekas bilai pukulan itu. Insya' Allah dengan izin Allah maka hilanglah bekas itu.

Tiada ulasan: