Jenis-Jenis / Nama - Nama Hantu Dalam Masyarakat Indonesia
Dalam masyarakat Indonesia terdapat berbagai jenis / nama hantu atau mahluk spiritual yang mengganggu kehidupan manusia sepertimana juga hantu yang terdapat di Malaysia.
Antara jenis / nama hantu yang terkenal di Indonesia adalah ;
1. Kuntilanak
2. Sundel bolong
3. Genderuwo
4. Wewe Gombel
5. Jenglot
6. Kemangmang
7. Siluman
8. Leak/Leyak
9. Rangda
10. Korod
11. Ipri
12. Banaspati
13. Bagu Panjang
14. Babi Ngepet
15. Tuyul
16. Pocong
17. Orang Bunian
Sinopsis Hantu di Indonesia
• Kuntilanak
Kontilanak atau dalam masyarakat Melayu dipanggil pontianak adalah hantu yang dipercayai berasal dari perempuan yang meniggal ketika hamil atau saat melahirkan dimana anak tersebut belum sempat lahir ke dunia. Ada kemungkinan bahawa nama kuntilanak tersebut berasal dari gabungan kata “bunting” yang ertinya hamil dan anak, kemudiannya disebut menjadi kuntilanak.
Kuntilanak digambarkan dalam bentuk wanita cantik dan sewaktu munculnya selalu diiringi harum bunga kamboja. Kuntilanak akan membunuh lelaki berhidung belang yang sudi menumpangkannya dijalanan, kemudian ia akan bertukar wajah menjadi penghisap darah. Kuntilanak digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bagian tengkuk, seperti “Vampire”. Agak berbeza halnya dengan gambaran menurut tradisi Melayu, dimana kuntilanak menurut tradisi Sunda (Indonesia) tidak memiliki lubang di punggung dan hanya mengganggu dengan penampakan saja. Jenis yang memiliki lubang di punggung disebut Sundel Bolong.
Kuntilanak konon juga dikatakan menyukai pohon tertentu sebagai tempat “bersemayam”, misalnya pokok-pokok yang rimbun dan condong atau disebut “waru doyong” di Indonesia. Dalam tradisi dan kepercayaan masyarakat Jawa, kuntilanak tidak mengganggu wanita hamil kerana dipercayai wanita sentiasa membawa paku, pisau, dan gunting dimana-mana sahaja mereka pergi. Wanita jawa juga kebiasaannya meletakkan gunting, jarum dan pisau di tempat tidur bayi. Kuntianak dalam kepercayaan Melayu dikatakan mengganggu semua lapisan masyarakat, lelaki dan perempuan tidak terkecuali sepertimana yang digambarkan dalam cerita-cerita/filem tempatan.
Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, benda tajam seperti paku boleh menangkal serangan kuntilanak. Malah dikatakan kuntilanak/pontianak tersebut akan bertukar menjadi perempuan cantik sekiranya paku ditancapkan dibelakang leher pontianak/kuntilanak itu. Tetapi dalam kepercayaan masyarakat jawa (Indonesia), paku mesti ditancapkan pada bahagian ubun-ubun / depan kepala kuntilanak andai mahu menjadikannya seorang wanita cantik.
• Sundel Bolong
Sundel Bolong digambarkan dengan wanita berambut panjang dan bergaun panjang warna putih dalam mitos hantu Indonesia. Sundel Bolong ini diceritakan memiliki bentuk bolong dibahagian punggung yang sedikit tertutup oleh rambut panjangnya sehingga menampakkan bahagian organ-organ perut ditubuhnya. Dipercayai juga Sundel Bolong ini dilihat dalam keadaan badannya berdarah dan hanyir, berbanding Kuntilanak yang mengenakan pakaian serba putih dan bersih. Dikatakan Hantu Sundel Bolong berasal dari wanita yang mati kerana diperkosa dan melahirkan anaknya dari dalam kubur. Sundel Bolong juga diceritakan suka mengambil bayi-bayi yang baru saja dilahirkan.
• Genderuwo
Genderuwo adalah makhluk halus yang menyerupai kera tapi berbadan tinggi dan besar, warna kulit hitam kemerahan, tubuhnya ditutupi rambut lebat. Habitat Genderuwo adalah batu berair, bangunan tua, pohon besar yang teduh atau sudut-sudut yang lembab sepi dan gelap. Mitos genderuwo berasal dari mitos kuno Persia gandarewa. Asal-usul genderuwo dipercayai berasal dari arwah orang yang meninggal secara tidak sempurna, akibat bunuh diri, penguburan yang tidak lengkap ataupun kecelakaan hingga arwah tersebut tidak tenteram dan tidak dapat menerima kematiannya. Genderuwo tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada saat tertentu dia dapat menampakkan dirinya bila merasa terganggu.
Genderuwo dipercayai dapat berkomunikasi dan melakukan hubungan langsung dengan manusia. Banyak legenda menyebutkan bahawa genderuwo dapat mengubah penampakan dirinya menyerupai seorang manusia untuk menggoda sesama manusia kerana kegemarannya menggoda manusia terutama kaum perempuan dan kanak-kanak.Kadang-kadang genderuwo muncul sebagai makhluk kecil berbulu yang tumbuh membesar dalam beberapa ketika. Genderuwo juga dikatakan gemar membaling rumah orang dengan batu kerikil di malam hari. Dalam kepercayaan Jawa, tidak semua genderuwo bersifat jahat, ada genderuwo yang bersifat baik. Genderuwo yang bersifat baik ini dipercayai boleh menampakkan sebagai seorang tua berjubah putih yang kelihatan amat berwibawa.
• Wewe Gombel
Wewe Gombel dikenal pasti dalam tradisi Jawa yang ertinya roh jahat atau hantu yang suka menculik kanak-kanak yang diabaikan oleh orang tuanya. Wewe Gombel biasanya hanya menakut-nakutkan atau mengusik saja, tidak mendatangkan kecelakaaan.Wewe Gombel dikatakan mahu memberi pengajaran kepada ibubapa kanak-kanak terbabit, kemudiannya Wewe Gombel akan mengembalikan anak tersebut apabila ibubapanya sedar dan insaf. Hantu ini seakan hantu kopek/tetek seperti dalam mitos masyarakat melayu.
Menurut cerita, Wewe Gombel adalah roh dari seorang wanita yang meninggal akibat membunuh diri kerana dikejar masyarakat atas sebab membunuh suaminya. Peristiwa itu terjadi setelah suaminya curang bersama wanita lain disebabkan isterinya tidak dapat memberikan zuriat (mandul). Akhirnya dia dijauhi dan dibenci suaminya lalu mengalami tekanan mental dan menjadi gila.
• Jenglot
Jenglot adalah jenis makhluk misteri seperti vampire dalam budaya dan mitos di Indonesia. Jenglot kelihatan seperti boneka manusia yang kecil tetapi hidup. Jenglot dipercayai ditemui di Indonesia, khususnya di Jawa. Sebahagian besar ditemui oleh paranormal asli selepas mereka melakukan upacara “supernatural” atau ghaib. Jenglots dikatakan dapat dijumpai di mana sahaja, dari bawah tanah, di atas atap rumah rosak atau pun di batang pohon besar.
Kebanyakkan Jenglot yang ditangkap ditemui kelihatan mengeras seperti mati, kemudian dijaga atau dipelihara oleh ahli-ahli paranormal. Tiada yang dapat dilihat, ditangkap atau pun dipelihara hidup-hidup. Ada yang mempercayai Jenglot ini hidup serta meminum darah, tetapi tidak akan bergerak jika orang melihatnya. Jenglot dikatakan tidak minum darah secara langsung walaupun ditempatkan dekat dengan darah, bahkan tidak bergerak atau menyentuh darah. Dikatakan bahawa jenglot akan mendapatkan nutrisi dari darah dengan cara mereka sendiri. Ada pendapat mengatakan ia menjadi hidup dan mengambil darah ketika sendirian.
Menurut legenda Indonesia, Jenglot adalah seorang pertapa yang ingin mempelajari "Ilmu Bethara Karang" atau cara untuk hidup yang kekal. Hal ini juga dikatakan sebagai pertapa yang menyembah syaitan dan mendapatkan kuasa tertentu dan kemampuan. Mereka berkata jika seseorang dengan kekuatan “supernatural” yang besar bermeditasi di suatu gua, mereka akan menjadi jenglot.
• Kemangmang
Kemangmang sejenis makhluk halus yang suka menghisap otak manusia. Kononnya hantu jenis ini biasa menampakkan diri menyerupai seekor katak raksasa dengan tengkuk membawa api berkobar-kobar. Api inilah yang bisa membakar apa saja.
Istilah Kemangmang mungkin sudah tercetus sejak berabad-abad silam, dipercayai sebagai makhluk yang berada dalam alam ghaib. Berbeza dengan jenis hantu lain yang kebanyakkannya menyerupai fizik manusia, Kemangmang menonjolkan diri seperti katak air yang bersaiz besar. Api pada tengkuk Kemangmang ini bukan halusinasi ataupun hanya api fatamorgana, tapi api yang sanggup membakar kayu kering dah pokok-pokok hutan. Uniknya lagi, api pada tengkuk Kemangmang ini dikatakan tidak akan terpadam walaupun terkena air sekalipun. Tiap kali muncul ke permukaan air, secara spontan api pada tengkuknya akan berkobar-kobar. Kononnya dengan sebab ini, kebanyakkannya kerap terjadi insiden kebakaran hutan mangrove (bakau) di wilayah Pantai Utara Jawa Barat.
Kemangmang atau katak raksasa ini dipercayai tidak berani muncul pada siang hari dan hanya melakukan penampakkan pada malam hari, khusus di sekitar kawasan rawa (air takungan) yang jauh dari kawasan tempat tinggal manusia. Kerap kali kemangmang dijumpai oleh pengembala-pengembala kerbau yang masuk ke hutan. Apa yang diburu Kemangmang dalam kemunculannya di tengah rawa,belum ada jawapannya. Hantu ini masih lagi dipercayai oleh masyarakat Pantura, Jawa Barat.
• Siluman
Siluman dalam kebudayaan Indonesia merupakan mahluk ghaib atau halus yang tinggal dalam komuniti dan menempati suatu tempat. Mereka melakukan aktiviti kehidupan sehari-hari seperti manusia biasa. Mereka juga mengenal peradaban.
Siluman dipercayai berasal dari manusia biasa yang kemudian meninggalkan alam nyata dengan menyertai alam ghaib, pendapat lain juga mengatakan siluman adalah alam roh orang yang meninggal atau memang merupakan makhluk halus sejak awalnya. Pertemuan antara manusia dengan siluman seringkali menjadi misteri yang sukar untuk dirungkai, hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu dan mengerti.
• Leak
Leak dikenal pasti dalam mitologi Bali iaitu penyihir jahat. ‘Le’ ertinya penyihir dan ‘ak’ ertinya jahat. Leak hanya bisa dilihat pada malam hari yang biasanya hanya dilihat oleh para dukun atau pemburu Leak, dimana pada siang hari ia nampak seperti manusia pada umumnya.Pada malam hari Leak berada di kuburan untuk mencari organ-organ tubuh manusia atau jeroan yang digunakan untuk membuat ramuan sihir. (Jeroan adalah bahagian-bahagian dalam tubuh binatang, kecuali otot dan tulang.contohnya: otak, hati, paru-paru, usus dan lidah). Ramuan sihir ini berguna untuk mengubah bentuk Leak tersebut menjadi seekor harimau, kera, babi atau menjadi seperti rangda. (Rangda adalah ratu dari para leak). Lebih ekstrim lagi, terkadang Leak mampu mengambil organ dari orang yang masih hidup.
Diceritakan juga bahawa Leak dapat menyerupai kepala manusia dengan organ-organ yang masih menggantung di kepala tersebut. Leak dikatakan dapat terbang untuk mencari wanita hamil, kemudian menghisap darah bayi yang masih dalam kandungan. Dalam masyarakat melayu Malaysia, makhluk ini dipanggil hantu penanggalan/tengelong/hantu jeruk purut. Di Indonesia ada tiga leak yang terkenal.Dua di antaranya perempuan dan satu laki-laki.Leak dikatakan hanya ditemui di Bali.Menurut kepercayaan, Leak adalah manusia biasa yang mempraktikkan sihir jahat dan memerlukan darah embrio (janin dalam perut) agar dapat meneruskan hidup. Dikatakan juga bahawa Leak memiliki lidah yang panjang dan gigi yang tajam serta dapat merubah diri menjadi babi atau bola api. Dipercayai apabila seseorang menusuk leher Leak dari bawah ke arah kepala ketika kepalanya terpisah dari tubuhnya, maka Leak tidak dapat bersatu kembali dengan tubuhnya. Jika kepala tersebut terpisah pada jangka waktu tertentu, maka Leak akan mati.
• Rangda
Rangda berlainan sedikit dengan Leak. Difahamkan nama Rangda yang terkenal di Bali berasal dari bahasa jawa kuno iaitu dari kata Randa yang berarti Janda. Makhluk yang menakutkan ini diceritakan sering menculik dan memakan anak kecil serta memimpin pasukan nenek sihir jahat melawan Barong. (Barong merupakan simbol kekuatan baik). Diceritakan bahawa kemungkinan besar Rangda berasal dari ratu Manendradatta yang hidup di pulau Jawa pada abad yang ke-11, kemudian diasingkan oleh raja Dharmodayana kerana dituduh melakukan perbuatan sihir terhadap permaisuri kedua raja tersebut.
Menurut legenda, Manendradatta membalas dendam dengan membunuh setengah kerajaan tersebut, yang kemudian menjadi miliknya serta milik putra Dharmodayana, Erlangga. Rangda sangatlah penting bagi mitologi Bali. Pertempurannya melawan Barong atau melawan Erlangga sering ditampilkan dalam tari-tarian.Tari ini sangatlah popular dan merupakan warisan penting dalam tradisi Bali. Rangda digambarkan sebagai seorang wanita berambut panjang yang acak-acakan serta memiliki kuku, lidah, dan payudara yang panjang. Wajahnya menakutkan dan memiliki gigi yang tajam.
• Korod
Hantu Korod merupakan hantu jantan dalam kepercayaan masyarakat Sunda. Suku Sunda adalah kelompok etnik yang berasal dari bahagian barat pulau Indonesia dan merupakan etnik kedua terbesar di Indonesia, setelah etnik Jawa. Hantu Korod dikatakan kebiasaannya mengganggu perempuan-perempuan muda pada waktu senja hingga malam hari. Hantu ini akan menyerupai seorang lelaki yang tampan dan kacak lalu menggoda perempuan hingga mereka tertawan, kemudian melarikannya ke suatu tempat yang sukar dicari seperti dalam rumpun pokok salak, rumpun mengkuang dan rumpun pokok buluh. Apabila dijumpai, gadis tersebut kelihatan seperti lupa ingatan, pandangan matanya kosong dan sering mengigau mahu berkahwin dengan pemuda yang ditemuinya. Akhirnya gadis tersebuta kan jatuh sakit lalu meninggal.
• Ipri
Hantu Ipri adalah makhluk yang menyerupai wanita seperti ikan duyung dimana mempunyai cirri-ciri perempuan dibahagian atas dan berbentuk ikan dibahagian bawahnya serta tinggal di daerah perairan. Kepercayaan terhadap makhluk ini sama seperti dengan kepercayaan Mitologi Yunani kuno dan masyarakat eropah tentang Putri Duyung (Mermaid) yang suka menggoda para pelaut dan menenggelamkan mereka. Mahluk halus ini sering dipuja kerana dapat mendatangkan rezeki dan kekayaan daripada hasil laut. Ada pendapat mengatakan Hantu Ipri akan mengamuk dan berdendam sekiranya tempat / kawasannya diceroboh serta dirosakkan. Dipercayai juga barangsiapa yang membuat perjanjian dengan Hantu Ipri kemudian mengengkarinya akan disumpah dan ditimba musibah.
• Banaspati
Hantu Banaspati ini digambarkan mirip dengan manusia biasa hanya tidak mempunyai hidung, kepercayaan pada hantu ini banyak tersebar di daerah Jawa Tengah, Jawa Timur dan Madura. Hantu ini sering mengeluarkan bunyi “Oek-Oek” dan dikatakan berjalan selalu mendongak keatas kerana malu memperlihatkan lubang hidungnya. Hantu ini ditakuti kerana dianggap membawa malapetaka. Bila suaranya terdengar , maka itu merupakan tanda akan datangnya bencana.
• Bagu Panjang
Bagu Panjang merupakan mahluk halus yang menjadi kepercayaan masyarakat daerah Tapanuli yang bermaksud Hantu Panjang. Hantu ini dikatakan muncul ditempat-tempat yang sunyi dan gelap dalam bentuk bayangan hitam yang panjang. Mula-mula bentuknya kecil tetapi semakin lama semakin panjang dan membesar seperti raksasa. Bagu Panjang dipercayai suka membunuh mangsanya. Mahluk halus ini dianggap sebagai peliharaan orang yang berilmu hitam atau pengamal ilmu sihir.
• Babi Ngepet
Babi Ngepet adalah babi hutan atau babi setan dalam mitologi Jawa. Menurut mitos tempatan, makhluk itu, dipercayai orang yang mempraktikkan ilmu hitam. Ini adalah jenis sihir untuk membantu orang-orang menjadi kaya seketika, tapi dalam pertukaran dia harus mengorbankan sesuatu. Dalam hal ini mereka harus mengorbankan kemanusiaan mereka.untuk membenarkan diri untuk ditransformasi sebagai babi hutan untuk jangka masa yang tertentu, atau membiarkan diri untuk dimiliki oleh Syaitan babi hutan. Transformasi manusia-haiwan adalah serupa dengan perubahan bentuk atau konsep werewolf di barat. Dalam masyarakat Melayu pula, ia lebih popular dengan gelaran harimau jadian.
Beberapa mitos yang menceritakan tentang seorang lelaki berjubah hitam menutupi tubuhnya sebelum secara ajaib berubah menjadi Babi Ngepet lalu berkeliaran di desa dan menggaru tubuhnya ke dinding, pintu, almari atau perabot. Kemudian barang milik penduduk kampung, seperti wang, emas, dan perhiasan akan menghilang dibawa oleh Babi Ngepet. Dikatakan ketika Babi Ngepet dalam perjalanan kembali ke rumah dan berubah kembali ke bentuk manusia mereka, jubah hitam akan diisi dengan barang curi.
Pengamal ilmu sihir Babi Ngepet ini memerlukan bantuan dari orang lain. Tugas pembantu adalah untuk tinggal di rumah dan menjaga lilin yang mengambang di tab air turun, sedangkan Babi Ngepet akan menjalan aktiviti mencuri. Jika api pada lilin memudar atau hampir terpadam, itu adalah tanda bahawa Babi Ngepet berada dalam keadaan bahaya atau telah kembali ke bentuk manusia. Kerana kepercayaan ini, kebanyakkan penduduk kampung Jawa sering mengejar, bahkan membunuh babi hutan yang berkeliaran di sekitar kampung di malam hari.
• Tuyul
Tuyul adalah salah satu mahluk ghaib yang sering ditampilkan dalam cerita fiksyen Indonesia. Tuyul digambarkan sebagai mahluk halus seperti anak kecil dan kerdil, perawakannya gundul / botak dan ciri khas dari tuyul adalah mahluk ini suka mencuri.Tuyul atau toyol juga adalah diantara hantu/makhlus halus yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Boleh dikatakan ciri-cirinya adalah sama.
Tuyul bekerja dengan seorang majikan / tuannya untuk alasan tertentu. Tuyul disini memiliki sifat yang sama dengan balita pada umumnya. (Balita: kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun). Adapun tuyul memiliki sifat yang sama seperti kanak-kanak normal biasa, tetapi dia memerlukan induk sebagai ibu kandungnya. Tuyul diceritakan sebagai bayi yang baru mati beberapa bulan, lalu dibangkitkan oleh dukun/bomoh untuk tujuan-tujuan tertentu yang tidak baik. Tuyul dijelaskan sebagai roh suruhan dari induknya/tuannya untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri duit dari orang-orang kaya atau musuh tuannya.
• Pocong
Pocong digambarkan dalam pelbagai variasi, dimana ada yang mengatakan bahawa pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. Pendapat lain menyatakan, pocong berwajah “rata” dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat.
Kepercayaan akan adanya hantu ini berkembang di Indonesia, terutama di Jawa dan Sumatera. Mereka beranggapan, pocong merupakan “protes” dari si mati dimana orang yang mengebumikannya terlupa membuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup. Meskipun pocong sering digambarkan bergerak melompat-lompat disebabkan tidak boleh menggerakkan kakinya kerana diikat, ada pula mitos lain mangatakan pocong bergerak melayang-layang. Keadaan ini menimbulkan suatu pernyataan untuk membedakan antara pocong asli dan pocong palsu di masyarakat.
• Orang Bunian
Orang Bunian adalah sejenis makhluk halus yang dikenal di wilayah Minangkabau, Sumatera Barat. Bentuknya menyerupai manusia, tinggal di tempat-tempat sepi, di rumah-rumah kosong yang telah ditinggalkan penghuninya.
Orang bunian di Indonesia sering dikaitkan dengan istilah dewa di Minangkabau. Dewa di sini sedikit berbeza dengan pengertian dewa dalam agama Hindu mahupun Buddha. Dewa dalam istilah Minangkabau bererti sebangsa makhluk halus yang tinggal di hutan atau di rimba, di pinggir bukit, di dekat pekuburan.
Dikatakan pada waktu menjelang magrib di pinggir bukit akan terhidu aroma yang umum dikenal dengan nama masakan dewa atau samba dewa, aroma dari samba dewa ini menyerupai aroma kentang goreng. Dewa lebih digambarkan perempuan yang cantik rupawan, bukan lelaki seperti persepsi yang umum di agama lain. Selain itu, masyarakat juga meyakini bahawa ada peristiwa orang hilang disembunyikan dewa; bayi dalam kandungan ghaib di ambil dewa, ada juga orang dipelihara dewa dan cerita ini masih masyur hingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan