Khamis, 2 Jun 2011

Konspirasi Dunia - April Fool


APA ITU APRIL FOOL ???

Apa itu April Fool? Kita umat Islam sepatutnya perlu mengetahui erti sesuatu perayaan itu sebelum meraikannya.Jangan biarkan diri kita diperbodohkan oleh anasir-anasir/musuh Islam. Setiap kali menjelang 1 haribulan April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.



 
 April Fool's Day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun- kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

 Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. (sebenarnya mereka cuba diperbodohkan oleh tentera-tentara kristian) Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.


Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.



Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Dinamakan April Fool kerana orang Muslim berjaya diperbodohkan,dibunuh dengan mudahpada 1 April.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.



Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



Tiada ulasan: