Pada yang bergelar anak, cuba anda bayangkan betapa susah payahnya ibu mengandungkan kita lebih dari sembilan bulan dan melahirkan dengan penuh kepedihan dan kesakitan. Bayangkan pula bagaimana seorang ayah keluar mencari rezeki untuk menanggung dan membesarkan anak-anak agar tidak terabai dan meminta-minta daripada orang lain. Jasa ayah ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta kekayaan. Kasih sayang keduanya begitu sejati lagi murni.
1) Dr Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti hafizahullah
Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana diamalkan masyarakat barat iaitu mengetepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja, maka jika begitu ia adalah bidaah yang diharamkan. Jika sambutan itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.
2) Dr Rajab Abu Malih
Ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:
Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan yang datang dari luar agama maka ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya. Dalam agama kita sudah cukup menjadikan kita yang memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.
Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat-adat kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dengan Islam dan garis panduannya serta mempunyai asal dalam syariat kita, maka tidak haram dan tidak makruh.
Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yang berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua, iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis-garis panduan.
3) Dr Muhammad Bakr Ismail
Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila berkait dengan agama sama ada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat-adat ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kepada sesiapa yang layak menerima kebaikan itu seperti ibu bapa, nenek dan datuk, maka Islam menerima adat-adat sebegini. Tetapi jika adat-adat ini menzahirkan yang sebaliknya, berlaku pula perkara-perkara yang dilarang seperti pembaziran melampau, hiburan yang sia-sia, maka ia dilarang Islam.
4) Dr Abd Fatah Asyur
Sambutan hari-hari tertentu yang memuliakan manusia atau memperingati peristiwa yang baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang menzahirkan perasaan bagus terhadap orang yang melakukan kebaikan kepada kita antaranya apa yang disebut sebagai Hari Ibu.Ibu mempunyai kedudukan khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama.
5) Syeikh Hamid Al-Attar
Sambutan Hari Ibu pada satu hari yang ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh untuk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat-adat dan perayaan-perayaan mereka. Dalilnya “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya.” Riwayat Abu Daud.
Dr.Yusuf Al-Qaradhawi pun dah keluarkan fatwa,HARAM menyambut jika niat ingin meniru golongan2 bukan Islam tu..kerana ada hadis yang mengatakan bahawa jika kita meniru perbuatan satu golongan,maka kita akan termasuk dalam golongan tersebut..so kalau niat tu bukan untuk meniru,maka hukumnya HARUS.
Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:Memang ada pendapat sesetengah ulama mengharamkan sambutan hari Ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun di Malaysia, pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah harus. Banyak masjid-masjid turut menganjurkan majlis dan program-program bagi menghargai ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemungkaran serius, pastinya pihak JAKIM dan badan ulama akan mengeluarkan kenyataan atau pun fatwa untuk menegur masyarakat Islam dari meraikannya atau menghukumkannya sebagai HARAM.
Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan