KISAH SERAM HARI JUMAAT
Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.
SALAH TULIS NAMA
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Buat orang takut saja.
“Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.
KISAH 3 PONTIANAK
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu mengangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan !!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err…aku tadi tak nampak.”
KISAH 2 EKOR HANTU
Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati....Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...
Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?
Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais...mula2 aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan akhirnya.....tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan....
Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau.
Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....?
Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...
Hantu 2 : Oooo...cam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?
Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang.Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain.. Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku...aku tahu mesti jantan tu bersembunyi kat mana2..aku lari masuk bilik air, tak de jugak, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam setor, pun tak ade...aku lari naik tingkat atas semula, tengok dalam almari.....sebab terlalu penat aku berlari la aku kena sakit jantung...memang sakit dan akhirnya....
Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais...kalau tak, kita berdua masih hidup lagi sekarang ni...
KISAH HANTU TERKEJUT
SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan