Jimmy Dan Julie
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jimmy, orang Johor. Jimmy mempunyai seorang awek bernama Julie yang menetap di Perlis. Walaupun sekian lamanya mereka bercouple tetapi tidak pernah berjumpa, hanya sms dan call aje. Gambar pun diorang x pernah tengok sebab mereka hanya memakai nokia 3310i. Hari-hari mereka gayut...pastu gayut lagi..gayut punya gayut sampai patah ranting. Lastly oleh kerana dah tak tahan, mereka pun merancang untuk berjumpa face to face, blind date la katakan. Hari dijanjikan adalah hari raya pertama bertempat di rumah Julie. Julie telah pun memberitahu pada keluarganya tentang kedatangan Jimmy.Seminggu sebelum ketibaan syawal, julie terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terkorban. Mayat Julie telah pun selamat dikebumikan.Akan tetapi hal ini tidak diketahui oleh kekasihnya, Jimmy. Kebetulan pula handphone Jimmy rosak pada hari kejadian. Sehari sebelum hari raya barulah handphonenya siap dibaiki. Apabila handphone dah O.K, apalagi terus Jimmy sms Julie. Sms yg dihantar oleh Jimmy semuanya dibalas. Tiada apa-apa yg mencurigakan Jimmy.
Pada hari yang dijanjikan, berbekalkan alamat yang diberikan oleh Julie, Jimmy dengan hensem dan smartnya bertolak ke Perlis utk bertemu buah hatinya. Dipendekkan cerita, sampailah Jimmy di rumah kekasihnya. Ibubapa Julie menjemput Jimmy masuk dan saling berkenalan. Sepanjang perbualan Jimmy terjenguk2 ke arah dapur dan bilik namun kelibat Julie tidak juga kelihatan. Setelah lama berbual, Jimmy dengan confiusnya bertanya tentang Julie. Ibubapa Julie menyarankan supaya Jimmy banyak bersabar. Jimmy semakin hairan dan inginkan kepastian. "Kenapa mak cik ngn pakcik? apa yg berlaku pada Julie?" tanya Jimmy.
"Julie dah meninggal dunia" kata ibu Julie. Lalu mereka menceritakan tentang hal kejadian. Alangkah terkejut bukan kepalang Jimmy mendengarnya dan tidak percaya kerana beliau ada sms Julie sebelum berangkat ke Perlis. Lantas Jimmy menunjukkan sms-sms yg diterimanya. Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut, ibubapa Julie agak kehairanan kerana cara sms dan no tel tu memang Julie yang punya.
Untuk mendapatkan kepastian, ibubapa Julie membawa Jimmy ke tanah perkuburan temapt Julie disemadikan. Jimmy masih tak puas hati lalu mengorek kubur Julie. Memang betul Julie telah mati dan mayatnya berada dalam kubur tersebut. Jimmy kian hairan, cemas dan ketakutan. Sebelum Julie meninggal, dia telah berpesan kepada ibubapanya supaya menanam sekali handphonenya kerana terlalu sayangkan handphone tersebut. Jimmy pun cuba sms Julie didepan ibubapanya. Ayat sms Jimmy berbunyi
"awk ngah watpe?"
Tidak lama kemudian Jimmy mendapat balasan sms tersebut. Kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie. Balasan sms tersebut.."xde wat papepon, awk dh smpai?"
Jimmy kian panik, lalu membalas semula sms tersebut..
"Bkn ke awk dh mati?"
Dan sms Jimmy tersebut dibalas..
" memang sy dh mati pun".
Jimmy cuba memberanikan diri me`reply`kan lagi sms itu..
"ABIS TU CAMNA AWK BLEH REPLY SMS SY?"
Tidak lama kemudian sms tersebut dibalas lagi...
Kesemua mereka semakin takut dan seram sampai terkucil, macam2 bermain difikiran mereka.
Apabila mereka membaca sms terakhir tersebut, bulu roma masing-masing berdiri tegak kerana sms tersebut berbunyi...
"DIGI ADA DI MANA-MANA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan