Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.
Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.
Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.
Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.
Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.
Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.
Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.
Penyingkiran Tenaga Asing
Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.
AMARAN:Fakta ini adalah tidak benar, kelentong, tipu, kencing, temberang, kelepet, cong, bedek, bebuih, wap, hiyak tuih , maran merapu kepunden paran sekeper serta terdapat unsur-unsur ketidakbenaran yang ketara di kaca mata rakyat Malaysia.Di harap para pembaca sekelian tidak terperdaya dgn fakta palsu ini dengan erti kata lain atau slang jawa ”nyib ngaporolai lngah ngah peh thui !”.
Terima kasih kepada manusia-manusia yang sanggup membaca benda alah ni dari atas hingga ke bawah,bayangkan fakta panjang2 member ingat betul la tu,last-last ini sekadar wap semata-mata.
Di harap anda semua tidak akan menyirap dengan fakta ini kerana tiada yang tidak bohong melainkan yang bohong-bohong belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan