Jumaat, 20 Ogos 2010

HANTU dan Skeptik

Analisis Skeptik tentang Hantu

Umumnya, hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz, tidak berjisim, berbentuk manusia atau haiwan dan biasanya di lihat sebagai bercahaya, berkilauan , berbayang, lutsinar, seperti kabus, samar-samar atau seumpamanya. Secara logik, tiada penjelasan yang jitu dan tepat mengenai ciri-ciri fizikal hantu.
Sesetengah orang menerima hantu sebagai realiti, ramai yang lain mempersoalkan kewujudan hantu.Analisis skeptik cuba merungkai kemusykilan ini.
 
“Skeptik” ertinya:orang-orang yang mencari informasi. Apa yang dicari oleh para skeptik? Mereka mencari berbagai keterangan mengenai hal-hal yang terjadi di sekitarnya. Para skeptik adalah orang-orang yang tidak henti mencari dan bertanya mengenai berbagai hal-hal di sekitarnya; apa yang sesungguhnya terjadi? mengapa hal itu terjadi? bagaimana hal itu terjadi? bagaimana menjelaskannya? apa saja bukti-buktinya?
Skeptik cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam’s razor), yang mana menyatakan bahawa penjelasan yang mudah bagi sebarang keadaan atau fenomena adalah penjelasan yang paling mungkin.
Pertama, motif dan keikhlasan orang yang melaporkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan untuk membunuh seseorang.
Kedua, kemungkinann penipuan perlu ditimbangkan, dengan mereka yang melaporkannya dianggap sebagai mangsa. Ianya berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Ia juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakon sebagai hantu.
Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindakbalas haiwan biasa kepada ketakutan adalah rambut tegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.

Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokos bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.
Kewujupan infrasound semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 hertz), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan “kehadiran” dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.
Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian nampak hantu: mereka yang lemah semangat cenderung membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.

Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan,dan rumah-rumah sakit. Bayangan didalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap,rupa wajah dan juga cahaya yang terang.Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Tiada ulasan: