Jumaat, 20 Ogos 2010

HANTU dan Agama

Hantu dalam ajaran Islam
Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.Dalam Al-Quran dan Hadith langsung tiada ayat yang menyebut `hantu` tetapi dinyatakan sebagai jin, syaitan dan iblis. Hantu adalah panggilan temapatan bagi jin/syaitan/iblis yang menyerupai sesuatu.

Hantu dalam ajaran Kristian
Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan atau sesuatu tempat. Menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka, ada bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestant dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsipnya mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolik dan Kristian Anglikan (dan Christian Spiritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).

Hantu dalam ajaran Buddhisme
Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan “dikitar semula” kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi “hantu kepada hantu”. Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa “pembunuh” paranormal dikenali sebagai tisigui (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.
Dalam agama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam Garuda Purana, skripture dari Vedic tradisi (Hindu).Kedua-dua Timur dan Barat berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai “rumah berhantu”; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai “menghantui”. Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.

Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Sentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai “hantu bergaduh”.
Macam-macam makhluk Asura (iblis/jin/raksasa) dlm Buddhisme
Suatu alam di sebut Asurakaya-Bhumi (alam iblis/jin/raksasa) kerana makhluk yang diam di alam ini jauh dari kemuliaan, kebebasan, kesenangan dan kebahagiaan.Pembahagian makhluk yg di sebut Asura :
1. Deva-Asura : kelompok Dewa yg di sebut Asura
2. Peta-Asura : kelompok Hantu yg di sebut Asura
3. Niraya-Asura : kelompok makhluk Neraka yg di sebut Asura

Macam-macam makhluk Peta (Hantu) ; Asura dlm Buddhisme
Suatu alam di sebut Peta-Bhumi (alam Hantu) kerana makhluk yg diam di alam ini jauh dari kesenangan dan kebahagiaan. Makhluk Hantu ini terbahagi dlm beberapa kelompok, di antaranya terdapat kelompok-kelompok hantu yang di sebut PETA 4, PETA 12, dan PETA 21 seperti di bawah ini:

PETA 4 (terdpt dlm kitab suci Petavatthu-Atthakatha)
1. Paradattupajivika- Peta : Hantu yg memelihara hidupnya dgn makan makanan dlm upacara sembahyang.
2. Khupapipasika- Peta : Hantu yang selalu lapar dan haus.
3. Nijjhamatanhika- Peta : Hantu yang selalu kepanasan.
4. Kalakancika- Peta : Hantu yang sejenis Asura.

Penjelasan : Hanya Paradattupajivika- Peta saja yg dapat menerima makanan yg diberikan orang dlm upacara sembahyang serta kiriman jasa dari keluarga. Para Bodhisattva, jika lahir menjadi hantu, akan menjadi Paradattupajivika- Peta, dan tidak akan menjadi peta (hantu) yg lain.

PETA 12 (terdpt dlm kitab suci Gambhilokapanyatti)
1. Vantasa-Peta : Hantu yg makan air ludah, dahak dan muntah
2. Kunapasa-Peta : Hantu yg makan mayat manusia dan binatang
3. Guthakhadaka- Peta : Hantu yg makan berbagai macam kotoran
4. Aggijalamukha- Peta : Hantu yg dimulutnya selalu ada api
5. Sucimuja-Peta : Hantu yg mulutnya sekecil lobang jarum
6. Tanhattika-Peta : Hantu yg dikendalikan oleh nafsu keinginan rendah seperti lapar dan haus
7. Sunijjhamaka- Peta : Hantu yg bertubuh hitam seperti arang
8. Suttanga-Peta : Hantu yg mempunyai kuku tangan dan kaki yg panjang dan tajam seperti pisau
9. Pabbatanga-Peta : Hantu yg bertubuh setinggi gunung
10. Ajagaranga-Peta : Hantu yg bertubuh seperti ular
11. Vemanika-Peta : Hantu yg menderita pd waktu siang dan senang pd waktu malam dalam kayangan
12. Mahidadhika- Peta : Hantu yg mempunyai ilmu ghaib

PETA 21 (terdpt dlm kitab suci Vinaya dan Lakkhanasanyutta)
1. Athisankhasika- Peta : Hantu yg mempunyai tulang bersambung, tetapi tdk mempunyai daging
2. Mansapesika- Peta : Hantu yg mempunyai daging terpecah-pecah, tetapi tdk mempunyai tulang
3. Mansapinada- Peta : Hantu yg mempunyai daging berkeping-keping
4. Nicachaviparisa- Peta : Hantu yg tdk mempunyai kulit
5. Asiloma-Peta : Hantu yg berbulu tajam
6. Sattiloma-Peta : Hantu yg berbulu spt tombak
7. Usuloma-Peta : Hantu yg berbulu panjang spt anak panah
8. Suciloma-Peta : Hantu yg berbulu spt jarum
9. Dutiyasuciloma- Peta : Hantu yg berbulu spt jarum jenis kedua
10. Kumabhanda-Peta : Hantu yg mempunyai buah kemaluan yg sangat besar
11. Guthakupanimugga- Peta : Hantu yg bergelimangan dgn kotoran
12. Guthakhadaka- Peta : Hantu yg makan kotoran
13. Nicachavitaka- Peta : Hantu perempuan yg tdk mempunyai kulit
14. Dugagandha-Peta : Hantu yg baunya sangat busuk
15. Ogilini-Peta : Hantu yg badannya spt bara api
16. Asisa-Peta : Hantu yg tdk mempunyai kepala
17. Bhikkhu-Peta : Hantu yg berbadan spt Bhikkhu
18. Bhikkhuni-Peta : Hantu yg berbadan spt Bhikkhuni
19. Sikkhamana-Peta : Hantu yg berbadan spt pelajar wanita atau calon bhikkhuni
20. Samanera-Peta : Hantu yg berbadan spt Samanera
21. Samaneri-Peta : Hantu yg berbadan spt Samaneri

Tiada ulasan: