Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus, biasanya bomoh,dukun atau pawang. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan dari jin yang menjurus kepada syirik kerana pengamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau.Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.
Cara berhubung dengan Hantu/Jin
• Cara lama/Kepercayaan ortodok ialah memanggil bomoh/dukun atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh/dukun atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai.
• Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, tok imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan Al-Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegarkan badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan Al-Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masalah yang dihadapi.
• Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan Al-Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya.Dengan harapan, hiasan Quran ini dapat menghalau jin tanpa beramal dengannya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al-Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan