Umum
mengetahui terdapat beberapa tempat/kawasan didunia yang dilabelkan
sebagai kawasan syaitan, khususnya segitiga syaitan yang letaknya
perairan laut. Terdapat 3 segitiga di lautan yang dikatakan kawasan
syaitan dan berhantu iaitu;
1-Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle : terletak di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico -
dan kepulauan Bermuda di lautan Atlantik.
2-Segitiga
Naga - Dragon's Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) : terletak diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100
km dari Tokyo.
3-Segitiga Formosa yang
berada di kepulauan Formosa, Taiwan.
Lokasi Segitiga-segitiga syaitan di dunia
Boleh
dikatakan misteri yang berlaku pada ketiga-tiga segitiga ini hampir
sama, boleh dikatakan seperti adik beradik. Ada yang membuat kesimpulan
bahawa segitiga Naga dan Formosa
(berdekatan) adalah kerajaan Iblis di sebelah timur manakala Segitiga Bermuda mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.
Ketiga-tiga
tempat
ini terkenal dengan misteri kehilangan kapal dan pesawat yang melalui
kawasan tersebut. Paling popular ialah kejadian yang berlaku di Segitiga Bermuda. Tetapi
bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, sejarah banyak membuktikan
betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (terkubur) di kawasan itu.
Mengapa
kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?
Inilah
yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah
diutarakan. Antara teori-teorinya adalah;
- Adanya medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat
itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan
utara geografik.
- Kawasan segitiga itu merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan
medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.
- Kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya
proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.
- Adanya
satu kawasan yang diberi nama 'Blue Hole', tetapi ia masih diragui kerana Blue
Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.
-
Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang
melaluinya.
- Ada pula
pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.
- Dan
tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.
Kesimpulannya teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu mungkin ada
relevannya dari segi kerohanian dan mistik. Antaranya;
# Iblis
dan jin telah banyak yang lari (atau dibuang) ke kawasan lautan dan dasar laut.
# Syaitan
amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.
# Semua
tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas
dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh makhlus halus (puaka) sebagai
pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya.
# Qissasul Anbiya` (kisah para nabi) juga menceritakan bahwa Nabi
Muhammad SAW. pernah melarang seseorang untuk duduk di antara tempat
yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, "Itu adalah tempat duduk
syaitan".
# Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.
Tetapi timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak
pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin
mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu
mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin juga mereka mahu mengawal manusia yang
mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi
boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak
faktor.
Tetapi yang jelas disini itu semua masih lagi menjadi misteri yang belum terjawab, ianya bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri
Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua
Atlantis suatu masa dahulu.
Lokasi Benua Atlantis yang dikatakan hilang
Mitos tentang Peradaban Atlantis pertama kali dicetuskan oleh seorang ahli falsafah Yunani kuno bernama Plato (427 – 347 SM) dalam buku Critias dan
Timaeus. Plato menceritakan bahawa dihadapan selat
Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana manusia
dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah
seluruhnya daratan yang dikelilingi laut samudera, itu adalah kerajaan
Atlantis. Lokasinya dikepulauan Indonesia. Ketika itu Atlantis merancang melancarkan perang besar dengan
Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan
banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar
laut, negara besar yang melampaui peradaban tinggi, lenyap satu malam.
Benua Atlantis
Berbalik kisah/tajuk utama mengenai segitiga syaitan, tahukah kita terdapat beberapa kejadian aneh yang berlaku di Bermuda Triangle yang masih diragui/dipersoalkan dan disangkal misterinya, malah boleh dianggap hanya konspirasi yang direka-reka untuk kepentingan pihak tertentu. Ini kerana terdapat beberapa kemusykilan, antaranya;
1- Christopher Columbus
merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil di Segitiga Bermuda,
melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari
di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai
bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Kemudian penyelidik/saintis
moden telah memeriksa buku log asal dan telah mengandaikan bahawa cahaya yang
dilihatnya adalah api memasak orang asli Taino dalam
kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah
berdasarkan pergerakan bintang.
2-Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menyatakan
bahawa Segi tiga Bermuda tidak berbahaya berbanding kawasan laut lain, dan
tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod
Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka dan menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai
penulis Segitiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan
1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk
Mexico. Pengarang segitiga Bermuda mendakwa semua mayat ghaib bersama kapal. Tetapi hakikatnya pengawal pantai merakamkan kapal pecah dan menjumpai beberapa mayat malah kapten kapal masih hidup dan yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo
of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).
3-Penyelidik terkenal Ernest Taves dan Barry Singer mendedahkan bahawa cerita misteri dan
paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada
pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segitiga
Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong paranormal
sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi tetap dipasarkan dan mendapat sambutan. Ini disebabkan oleh golongan yang pandai mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan dan terus membuat provokasi malah menentang bahan penyelidikan terperinci
sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya.
4-Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan
sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di
Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model
kapal berskala besar dengan mengurangkan ketumpatan air dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh
Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala
(kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur")
mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan
apungan yang mencukupi bagi kapal.
Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda. Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)
Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda. Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)
5-Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang
berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah
bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai
berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada
1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan
paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. Ribut ini pada
masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.
6-Arus teluk merupakan arus laut yang
berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik
Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain,
ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air
atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan
yang dilaporkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin
cruiser) Witchcraft pada 22 Disember
1967, apabila ia
melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari
pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di
sana.
7-Ombak gadang yang amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang.
Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean
Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun,
tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi
Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal
terbang.
Buat Renungan Bersama
Mungkinkah Misteri Segitiga syaitan ini berhubungkait dengan beberapa misteri segitiga
lain seperti;
- Piramid
yang berbentuk segitiga,
- Lambang
syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan
gabungan segitiga-segitiga,
- Konsep
Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,
- Simbol segitiga yang banyak terdapat di serata dunia (oleh freemason/Illuminati),
- Misteri
UFO dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan