NIKE merupakan jenama yang tidak asing lagi bagi kita. NIKE sangat popular terutamanya dalam menghasilkan produk sukan seperti kasut dan jersi. NIKE juga banyak menaja kelab-kelab sukan terkemuka dunia. Tahukah
anda rahsia di sebalik nama NIKE?
Dalam mitologi Greek atau Yunani, Nike ialah nama bagi "Dewi Kemenangan" iaitu mewakili kejayaan
pada zaman kuno Greek.Ia juga dikenali sebagai "Wingede Goddess of Victory".
Bagi
orang-orang Roman atau Rome pula, NIKE menjadi simbol kemenangan mengatasi kematian. Nama
NIKE di dalam Roman ialah Victoria.
Simbol Woosh pada NIKE merupakan lambang kepada sayap dewi
tersebut. Bermakna
di situ NIKE mempunyai kaitan rapat dengan penyembah-penyembah berhala dahulu
kala.
Dari segi mitosnya,
NIKE digambarkan sebagai anak perempuan Pallas (Titan)
dan Styx (Air) dan kakak kratos (Kekuatan), Bia
(Force), dan Zelus
(Zeal). NIKE dan adik-adiknya adalah sahabat rapat
Zeus iaitu dewa dominan
tuhan Yunani. Styx membawa mereka kepada Zeus apabila tuhan
telah memasang sekutu
untuk Perang Titan terhadap dewa-dewa yang
lebih tua. NIKE berperanan sebagai kenderaan tempur tuhan sepertimana yang sering
digambarkan dalam seni Yunani klasik. NIKE dikatakan terbang
di seluruh medan perang, memberi ganjaran menang dengan
kemuliaan dan kemasyhuran.
Nike digambarkan sebagai makhluk yang bersayap dalam kebanyakan
patung dan lukisan. Ia juga melambangkan dewi kekuatan, kelajuan, dan kejayaan. Kononnya NIKE
adalah kenalan rapat
Athena, dan dipercayai telah berdiri di tangan
terulur Athena berdasarkan pada patung Athena yang terletak di Parthenon.
Dewi NIKE
Dalam kepercayaan Yunani, Athena adalah dewi kebijaksanaan, strategi, dan perang (dewi yang menolong para pahlawan.
Kononnya Athena terlahir sebagai perempuan dewasa dan
tak pernah digambarkan sebagai anak kecil. Athena tidak memiliki suami
atau kekasih sehingga disebut sebagai parthenos ("perawan").
Dewi Athena di Kota Athena,Yunani
Dewi Athena di depan Parlimen Wina,Austria
Gambar/karikatur dewi NIKE biasanya
diabadikan pada duit-duit syiling
Yunani. Selain itu gambar dewi NIKE juga digunakan untuk piala FIFA pertama yang dikenali sebagai piala Jules Rimet. Sejak tahun 1928, gambar dewi NIKE digunakan untuk medal/piala Olimpik musim panas. NIKE yang digambarkan sedang memegang daun palma ditangan kiri dan mahkota kemenangan ditangan kanan. Ianya kekal hingga sekarang.
Duit syiling Yunani
Piala Dunia (FIFA)
Hingga kini NIKE masih lagi diguna pakai dalam medal/piala kejohanan sukan dunia. Perusahaan barangan sukan terkemuka dunia, Nike Inc. mengambil nama dewi NIKE sebagai lambang/simbol perusahaan yang ditafsirkan dari sayap NIKE.
Perlu juga kita ketahui, nama dewi NIKE juga telah digunakan oleh orang-orang Eropah sebagai nama sendiri/anak-anak. Mungkin ada diantaranya juga digunapakai oleh orang-orang Islam. Nama-nama yang berpunca dari NIKE
termasuk kalangan orang lain: Nicholas,
Nicola, Nick, Nicolai, Nikolai, Nicolae, Nils, Klaas,
Nicole, Ike, Niki, Nikita, Nika, Niketas,
dan Nico.
Masih ingatkah kita tentang kontroversi kasut jenama Nike yang menghina Islam suatu ketika dahulu dimana terteranya kalimah Allah pada produk tersebut. Secara tidak langsung ia menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam di serata dunia.
Mungkinkah ianya tidak disengajakan atau sememangnya sengaja dibuat untuk menghina agama Islam. Sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya syarikat tersebut tidak perasan dengan design yang dikeluarkan.
Segalanya terpulang kepada setiap individu untuk menilai setiap produk yang dibeli dan digunakan. Masing-masing ada otak dan akal untuk berfikir. Bagi yang berfikiran waras, selagi mana produk tersebut tidak bercanggah dengan ajaran agama ianya boleh diterima, begitu juga dengan jenamanya. Jika kita menggunakannya hanya sekadar minat dan kualitinya, bukan untuk memuja atau mengagungkan there is no problem.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan