Jumaat, 19 November 2010

Konspirasi Dunia - Zaman Batu

Zaman Batu - Satu Pembohongan Sejarah

Sejak dibangku sekolah kita telah diajar tentang sejarah asal usul manusia, tamadun manusia dan evolusi kejadian serta kemajuan manusia dari zaman dahulu kala hinggalah ke zaman moden. Juga diceritakan tentang zaman batu/primitif seperti Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam serta gambaran kehidupan manusia yang menyerupai beruk dan hidup didalam gua.


Persoalannya? Benarkah zaman batu dan primitif itu wujud? Atau hanya satu propaganda dan konspirasi dunia oleh pihak-pihak tertentu. Saintis Islam telah membuktikan ianya hanya satu pembohongan sejarah dunia, sebenarnya langsung tidak wujud zaman batu/primitif, ianya hanyalah rekaan semata-mata oleh pihak barat.

Begitu juga dengan dakwaan oleh Charles Robert Darwin melalui teorinya yang mengatakan manusia berasal dari beruk sedangkan dalam ajaran Islam keturunan manusia bermula dari Nabi Adam A.S. Manusia adalah ciptaan Allah SWT sejalah azali lagi.
Charles Darwin

Darwin dalam bukunya On the Origin of Species by Means of Natural Selection, or The Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life atau lebih pupolar dipanggil The Origin of Species,1859  menganggap bahawa setiap kejadian dalam sejarah manusia dapat dijelaskan melalui evolusi dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu bermula daripada asas, peringkat primitif dan berkembang menjadi lebih sempurna. Teori ini bertentangan dengan jaran Islam seperti yang termaktub dalam Al-Qur`an.Begitu juga arena sosiologi, antropologi dan sejarah juga telah dijangkiti oleh teori evolusi Darwin, tetapi pengetahuan yang diperolehi daripada penemuan kurun terbaru telah menunjukkan bahawa pengaruh ini langsung tidak produktif dan karut semata-mata.

Koleksi buku teori evolusi Darwin

Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran ‘manusia beruk’ duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis.

Orang primitif yang tidak pernah wujud

Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains – terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi ‘versi terbaru’ telah dibuktikan salah.Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, ‘evolusi sejarah’ juga tidak pernah terjadi.

Bukti Tamadun Purba : Penemuan barangan kemas 

Bukti Tamadun Purba : Barangan diperbuat dari emas

Majoriti saintis sosial telah mengaku tentang kesalahan dalam pandangan evolusionis, dan menyatakan teori evolusi sosial bertentangan dengan sains dalam perkara berikut:

1-Ia hampir kepada diskriminasi etnik, membuat tafsiran berat sebelah tentang masyarakat berbeza - contohnya, anggapan bahawa masyarakat Barat lebih bertamadun.

2-Ia menganggap semua masyarakat berkembang di laluan yang sama, menggunakan cara yang sama, dan berkongsi tujuan yang sama.

3-Ia melihat masyarakat daripada kaca mata materialistik.

4-Ia kebanyakannya bertentangan dengan penemuan. Ramai komuniti yang hidup dalam keadaan primitif mempunyai nilai rohani yang lebih maju berbanding masyarakat lain yang dianggap moden - dalam erti kata lain mereka adalah pencinta kedamaian dan menerima kesamaan. Oleh kerana cara pemakanannya, mereka juga lebih sihat dan kuat.

Hal-hal di atas dengan jelas menunjukkan bahawa perkembangan masyarakat daripada primitif kepada moden merupakan pendapat yang amat bertentangan dengan nilai dan fakta saintifik. Teori ini berdasarkan tafsiran menyimpang yang dipengaruhi oleh ideologi materialis. Tinggalan dan artifak yang ditinggalkan oleh tamadun purba telah mendedahkan kesilapan dalam pembohongan 'evolusi sejarah dan budaya'.


Penemuan Purba Sanggah Evolusi

Hasil penemuan dari tamadun purba telah menyangkal teori 'perkembangan daripada primitif kepada bertamadun'. Sejarah membuktikan manusia sentiasa menikmati daya kecerdasan dan kreativiti yang sama. Hasil kerja yang dibuat oleh manusia ratusan ribu tahun dahulu, dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan, sebenarnya mempunyai makna yang berbeza dengan dakwaan evolusionis. Sekiranya kita mengkaji jejak-jejak ini, akan didapati bahawa manusia dengan kebijaksanaan dan kebolehan mereka di semua zaman lampau telah membuat penemuan baru, mencapai tahap keperluan mereka dan membina tamadun tersendiri.

Jika kita pernah dengar dan tahu akan 7 benda ajaib dunia, kita sendiri boleh berfikir secara logik bagaimana binaan-binaan itu dibuat jika dikatakan manusia terdahulu tidak bertamaduan? Antaranya ialah piramid. Ia wujud beribu tahun dahulu dan masih kekal utuh hingga sekarang.
Tinggalan purba : Piramid di Mesir

Gambaran pembinaan piramid

Begitu juga dengan Stonehenge yang terletakdi Wiltshire, United Kingdom. Bagaimana binaan batu yang unik ini dibuat jika manusia zaman dahulu dianggap primitif dan tidak berpengetahuan?

Tinggalan Purba : Stonehenge

Satu lagi tinggalan purba yang membuktikan manusia zaman dahulu bertamadun adalah Kota Mohenjo-daro. Ia merupakan salah satu permukiman kota pertama di dunia, bersamaan dengan peradaban Mesir Kuno, Mesopotamia dan Yunani Kuno. Dipercayai dbangun pada sekitar tahun 2600 SM. Mohenjo-daro juga digelar "sebuah metropolis kuno di Lembah Indus. Mohenjo-daro merupakan kota yang paling terbangun dan maju di Asia Selatan, mungkin juga di dunia.

Tinggalan purba : Kota Mohenjo-daro

Mohenjo-daro adalah sebuah binaan purbakala yang luar biasa, kerana mempunyai susun atur terancang yang berasaskan grid jalanan yang tersusun mengikut corak yang sangat kemas. Bangunan-bangunan awam di kota-kota ini adalah tanda masyarakat yang sangat terancang.Binaan-binaan di kota ini begitu maju, dengan struktur-struktur yang terdiri daripada batu-bata buatan lumpur dan kayu bakar terjemur matahari yang sekata saiznya.
Pandangan atas Mohenjo-daro

Susunan terancang Mohanjo-daro

Mohenjo-daro adalah sebuah kota yang cukup berkubu, terbukti dengan adanya menara di barat petempatan utama, dan perkubuan pertahanan di selatan, kemungkinan juga Mohenjo-daro merupakan sebuah pusat pentadbiran.

Menara di Mohenjo-daro

Tahukah kita sebenarnya bateri telah lama wujud ? Ianya telah dicipta dan digunakan oleh manusia zaman dahulu. Objek ini ditemui di negara arab lantas membuktikan kemajuan sains dan teknologi pada zaman tersebut.
Bateri zaman purba

Begitu juga dengan kalendar masa. Ia sebenarnya sudah lama wujud dan dinamakan haab, digunakan oleh orang purba (Maya) di Amerika Tengah. Ciri penduduk Maya yang paling penting adalah kemajuan saintifik mereka dalam bidang astronomi dan matematik, serta cara penulisan yang kompleks. Kalendar umum yang digunakan oleh penduduk Maya, mengandungi 365 hari, merupakan satu produk hasil kemajuan peradaban mereka. Ini membuktikan manusia sudah mengetahui terdapat 365 hari dalam setahun sejak dahulu kala lagi.
Kalender Haab

Tidak terkecuali adalah binaan tinggalan purba di Bandar Tiahuanaco yang terletak di pergunungan Andes antara Bolivia dan Peru. Antara tinggalan Tiahuanaco yang paling menakjubkan adalah satu kalendar yang menunjukkan ekuinoks- ekuinoks, musim- musim, dan posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini antara bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan itu memiliki teknologi yang tinggi. Antara tinggalan lain yang mengagumkan adalah monumen-monumen yang diperbuat daripada blok batuan besar, sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100 tan.

Monumen di Tiahuanaco

Antara satu daripada monumen terpenting di Tiahuanaco adalah Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok tunggal, dengan ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi dengan pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan pada struktur yang sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan diekstrak, dan dengan apakah ianya dibawa dari kuari batuan. Jelas bahawa semua ini dicapai dengan menggunakan lebih daripada alatan dan perkakasan asas seperti yang digembar-gemburkan oleh evolusionis.

Tinggalan Purba : Gate of the Sun

Selain itu, di Mesir bukti penemuan serpihan kain linen yang wujud sejak 2,500 SM menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba telah menghasilkan fabrik berkualiti tinggi dari segi bahan dan tenunan. Perkara yang paling penting adalah perincian tenunan pada kain tersebut. Masyarakat Mesir purba pada waktu itu telah menghasilkan gentian halus seperti mana hari ini yang dihasilkan dengan bantuan mesin dan teknologi maju, dan linen pada waktu itu telah digunakan untuk membungkus mumia. Tenunan halus pada fabrik-fabrik berkenaan sangat mengagumkan para ahli kaji purba. Spesimen-spesimen tersebut teramat halus hinggakan seseorang memerlukan kanta untuk membezakannya daripada sutera. Fabrik-fabriknya setanding dengan hasil kerja mesin tenun hari ini.
Tinggalan purba : Fabrik di Mesir

Ilmu matematik juga telah berkurun lama wujud.Nombor telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba sejak dari awal lagi. Banyak papirus dari tahun 2,000 SM yang menerangkan masalah matematik telah ditemui. Empat daripadanya yang sering menjadi rujukan dikenali sebagai serpihan Kahun, dan papirus Berlin, Moscow dan Rhind. Dokumen-dokumen berkenaan menyatakan beserta contoh tentang asas-asas pengiraan. Mereka tahu bahawa segitiga dengan sisi berukuran 3:4:5 adalah segitiga tepat, dan menggunakan pengetahuan ini (kini dikenali sebagai Teorem Pitagoras) dalam pengiraan pembinaan mereka.
Tinggalan Purba : Matematik

Fakta-fakta sejarah ini cuba disembunyikan oleh pihak Barat, Kebanyakkan bukti-bukti sejarah ini dicuri dan kemudiannya dipadamkan nama/hak pemilik karya asalnya serta digantikan dengan nama ahli falsafah Barat. Dengan itu, seluruh dunia akan melihat negara Barat sebagai perintis dunia maju. Sedarlah kita sebenarnya semua ini adalah propaganda dan konspirasi orang-orang Barat yang cuba memperbodohkan penduduk dunia.


Bukti Dalam Al-Quran

Al-Quran telah diturunkan beribu tahun dahulu (Sebelum Masihi). Kalam suci ini banyak menceritakan tentang kewujudan dan kemusnahan tamadun manusia dari zaman Nabi Adam a.s hingga rasul terakhir Rasulullah SAW. Langsung tidak disebut tentang zaman batu dan manusia beruk.

Perkembangan besar dalam bidang sains, seni dan teknologi juga telah dicapai sewaktu zaman Nabi Sulaiman (as). Misalannya, Al-Quran menunjukkan bahawa kenderaan pengangkutan di zamannya juga sepantas kapal terbang:

“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan.” (Surah as-Saba', ayat 12).

Begitu juga dengan binaan bangunan, mahligai dan lain-lain yang sememangnya sudah wujud sejak zaman dahulu kala lagi sepertimana yang telah diceritakan didalam Al-Quran;

"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur" (Surah as-Saba', ayat 13)

Juga Al-Quran telah menceritakan tentang runtuhnya sesebuah tamadun manusia sebelum wujudnya tamadun baru. Ianya bersilih berganti hinggalah sekarang.

"Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan)" (Surah al-Hajj, ayat 45)


Fasa Dunia

Menurut Rasulullah SAW, terdapat 5 fasa dunia..
fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Rasulullah masih hidup. Zaman ini sudah berlalu…

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat diperintah oleh 4 Khulafa’ Ar-Rasyidin. Zaman ini JUGA sudah BERLALU…

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang ‘menggigit’. ‘Menggigit’ dalam hadith tersebut bermaksud, mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat, pada zaman ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah, dan Uthmaniyyah yang berkuasa dengan menggunakan sistem Monarki. Zaman ini JUGA telah BERLALU…

Kemudian, datang pula satu zaman, yang mana dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu adalah zaman SEKARANG..

Kemudian, setelah berlalunya fasa ke-4,akan datang pula fasa ke-5. Fasa ke-5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai fasa ke-5 tersebut, tiba-tiba Rasulullah diam. Dan DIAM tersebut bermaksud ‘SEJARAH MANUSIA SUDAH TAMAT’

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah. FITNAH paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah al-masih ad-dajjal. Dajjal tidak akan datang pada fasa ke-5. Kerana fasa ke-5 akan berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga TIDAK AKAN MUNCUL SELEPAS fasa ke-5, kerana pada fasa itu, sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya pada fasa KE-4 sahaja peluang iblis untuk mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka. DAN FASA ITU ADALAH ZAMAN YANG KITA BERADA DALAMNYA SEKARANG. Sebelum turunya Imam Mahdi dan Nabi Isa yang akan memindahkan kita ke fasa ke-5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha iblis di peringkat terakhir zaman manusia.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MANGKUK AYUN PUNYA CERITA