Khamis, 11 November 2010

Konspirasi Dunia - Illuminati

Suatu ketika dulu, kita pernah didedahkan dengan satu isu yang dikupas oleh mereka yang berfikir. Isu ini membawa kita kepada satu fokus yang amat berat, penting dan perlu diambil serius. Ia dibicarakan begitu hangat di dunia Barat, tetapi tidak di rantau dunia Timur. Perkara ini adalah berkenaan dengan pertubuhan rahsia yang dikenali dengan nama “Illuminati” atau “New World Order (NWO)” / “Shadow Government”.

Apa itu Illuminati?

Illuminati adalah sebuah persaudaraan kuno yang pernah ada dan diyakini masih wujud hingga sekarang. Illuminati bermaksud Pencerahan Baru. Para penganut Illuminati disebut Illuminatus yang bermaksud Yang Tercerahkan. Perkataan illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.

Illuminati sebelumnya bernama Perfectibilists ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (1748-1811) seorang keturunan Yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt, memiliki latar belakang pendidikan sebagai seorang Jesuit yang lalu menjadi seorang pendeta Katolik dan mengorganisasi House of Rothschild. Adam Weishaupt adalah sosok manusia yang paling dikenal di kalangan zionis dan Freemason.
Adam Weishaupt (1748-1830)

Adam mendirikan rangkaian konspirasi baru yang disebut dengan Luciferian Conspiracy serta Gereja Setan (The Synagogue of Satan). Menurutnya, syaitan bukanlah makhluk yang hina, melainkan kekuatan yang melambangkan kejujuran, keberanian, dan kebebasan. Setan sebagai makhluk telah mendapatkan pengampunan Tuhan dan sebagai bukti penebusannya syaitan ingin menyelamatkan manusia. Ajaran ini ditanamkan kepada para ahli iluminasi bahawa paham Satanism merupakan bentuk evolusi kemanusiaan, lambang kebebasan manusia, dan merangkumi rangkaian denyut kehidupan dunia secara global.
Illuminatus adalah orang-orang yang mencari jawapan apa yang disebut agama sebagai misteri Tuhan. Menurut mereka dengan ilmu pengetahuan tidak ada lagi misteri Tuhan, semua ada jawapannya. Salah seorang Illuminatus yang terkenal adalah Galilei Galileo seorang ahli antropologi yang dihukum penjara seumur hidup oleh gereja akibat membuat kenyataan bahawa pusat alam semesta adalah matahari. Kenyataan tersebut dianggap menyinggung gereja kerana secara tidak langsung menyatakan bahawa Tuhan dengan sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. Sejak itu illuminatus diburu oleh para kaum gereja. Mereka diburu dan diberi stamp salib didada mereka kemudian dibunuh.

Illuminati kemudian bergerak dari bawah tanah (underground) sebagai sebuah kumpulan rahsia yang paling dicari oleh gereja. Para illuminatus yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kumpulan rahsia yang lain iaitu kumpulan ahli batu yang bernama Freemasonry atau disebut sebagai kelompok Mason.Sejak bergabung dengan kelompok Freemasonry, illuminati menjadi semakin kuat. Illuminati terus diburu oleh gereja. Mereka dicap sebagai penganut fahaman Luciferian Conspiracy. Lucifer sering dikaitkan dengan syaitan.

Perancangan Illuminati
 
Iluminasi bertekad menguasai para pegawai tinggi kerajaan dari beberapa negara, negeri, organisasi dan jabatan tertentu. Ia dilakukan pelbagai cara seperti tawaran tertentu, sogokan wang mahupun perempuan dan seks.

Iluminasi melakukan rekrut terhadap aktivis mahasiswa/para pelajar/cendikiawan yang berpotensi,  mempunyai bakat dan dari keturunan yang unggul untuk dilatih sebagai anggata iluminasi yang prospektif di masa depan.

Mereka yang sudah terperangkap dalam rangkaian iluminasi akan diberikan pengetahuan khusus tentang dunia antarabangsa, serta cita-cita iluminasi akan dijadikannya sebagai agen iluminasi di beberapa negara dan ditempatkan sebagai kakitangan,ahli atau pakar yang mendampingi pejabat kerajaan.

Iluminasi akan sedaya upaya menguasai semua saluran media massa, baik media elektronik maupun cetak, memiliki dan berusaha menubuh kerajaan sehingga mampu membentuk republik.

Pusat Pentadbiran Illuminati

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.
Segitiga Bermuda

USD 1.00
Matlamat Illuminati

Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berperlembagaan.
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka.
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.
4. Menghapuskan semangat nasionalisme.
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.



Tiada ulasan: