Jumaat, 29 Oktober 2010

Konspirasi Dunia - Berhala

Patung Sebagai Mercu Tanda

Akhir zaman ini banyak negara berlumba-lumba ingin membina bangunan tinggi termasuk pembinaan patung/statue sebagai mercu tanda. Yang dikesalkan negara-negara Islam tidak terkecuali melibatkan diri untuk disenaraikan sebagai negara berhala tertinggi. Suatu ketika dahulu, Patung Statue of Liberty (Liberty Enlightening The World) menjadi kebanggaan Amerika sebagai patung tertinggi. Tapi tahukah kita patung ini hanya menduduki tempat ke-26 didunia dengan ketinggian 46m (151 kaki).
Kini dan akan datang akan tersergam sebuah berhala yang mungkin diiktiraf sebagai patung tertinggi didunia. Ia terletak disebuah negara Islam yang pesat membangun iaitu di Dubai, UAE. Dubai dalam proses merancang membina berhala yang dinamakan Al-Hakawati (the storyteller) di Zaabeel Park.
Plan Pandangan Al-Hakawati dari depan
Pemandangan Al-Hakawati dari jauh.
Plan Al-Hakawati dari pandangan atas
Pemandangan malam sekitar Al-Hakawati

Ketinggian Patung berhala Al-Hakawati dijangka akan memadamkan rekod patung tertinggi di dunia iaitu
Patung Spring Temple Buddha di China. Frame/bingkai pembinaannya sahaja telah mencapai 150 meter.


Senarai 12 Patung Tertinggi Di Dunia

1. Patung Spring Temple Buddha, China.
    Ketinggian: 128 m (420 kaki)
    Lokasi:  Gunung Jiuhua, Lushan, Henan.

2. Patung Laykyun Setkyar, Myanmar.
    Ketinggian: 116 m (380 kaki)
    Lokasi: Desa Taung Khatakan,Monywa.

3. Patung Ushiku Daibutsu, Japan.
    Ketinggian: 110 m (361 kaki)
    Lokasi: Wilayah Ibaraki, Utara Tokyo.

4. Patung Nanshan Haishang Guanyin, China.
    Ketinggian: 108 m (354 kaki)
    Lokasi: Sanya, Hainan.

5. Patung Emperors Yan and Huang, China.
    Ketinggian: 106 m (348 kaki)
    Lokasi: Zhengzhou, Henan

6. Patung Sendai Daikannon, Jepun.
    Ketinggian: 100 m (328 kaki)
    Lokasi: Wilayah Miyagi, Sendai

7. Patung Peter the Great Statue, Russia.
    Ketinggian: 96 m (315 kaki)
    Lokasi: Moscow

8. Great Buddha of Thailand.
Ketinggian: 92 m (300 kaki)
Lokasi: Ang Thong.

   
9. Grand Buddha at Ling Shan, China.
      Ketinggian: 88 m (289 kaki)
      Lokasi: Wuxi, Jiangsu.


10. Patung Dai Kannon, Jepun.
      Ketinggian: 88m (289 kaki)
      Lokasi: Miyako Park, Hokkaido.


11. Mother Motherland Calls, Russia.
      Ketinggian: 83m (279 kaki)
      Lokasi: Mamayev Kurgan, Volgograd.


12. Awaji Kannon, Jepun.
      Ketinggian: 80m (262 kaki)
      Lokasi: Awaji Island


Adakah Malaysia tersenarai antara negara yang mempunyai patung tertinggi di dunia? 
Sudah tentu. Patung Lord Murugan di Batu Caves, Selangor setinggi 42.7 meter bersamaan 140 kaki.menduduki tangga ke-29 patung tertinggi dunia.
Terdapat juga patung-patung lain di Malaysia yang kebanyakkannya dibina untuk tujuan ibadat. Ianya tersenarai sebagai patung terbesar dan terpanjang di peringkat Asia seperti Patung Wat Siam di Tumpat, Kelantan.


Tidak kurang juga replika patung lain yang dibina di Malaysia dan acapkali dipersoalkan oleh golongan ulama tentang tujuan pembinaannya. Mungkin sekadar hiasan tetapi kadangkalanya menimbulkan keraguan contohnya tugu negara. Setiap kali sambutan hari pahlawan diadakan, orang ramai akan meletak kalung bunga dan bertafakur ditugu tersebut bagi memperingati jasa-jasa pejuang tanahair terdahulu, secara tidak langsung terjerumus ke arah amalan syirik. JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluar arahan melarang amalan tersebut.
Tugu Negara di awal pembinaannya
Tugu Negara, Kuala Lumpur

Begitu juga dengan pembinaan patung burung helang di Dataran Langkawi, Kedah. Patung ini tersergam menyambut kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi, ia dibina sebagai mercu tanda Pulau Langkawi.
Namun ada pula pihak-pihak tertentu yang menjadikan mercu tanda ini seperti berhala seperti tempat memohon hajat dan bertafakur.


Tiada ulasan: