Jumaat, 1 Oktober 2010

Siri Jelajah - Red Devils

Benarkah Syaitan Merah atau `Red Devils` wujud di Manchester?
Siri kali ini cuba membongkar kewujudan Red Devils yang menjadi pujaan ramai.
Ops Red Devils bagi mengesan syaitan merah dilakukan secara lone ranger. Ala2 James Bond la kononnya.
Pencarian dimulai dengan sebuah tempat bernama Manchester Arndale, Cheetam Hill.
Menemui Stadium Manchester City

Meneruskan penjelajahan ke Cheshire Oaks, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Menunjukkan tanda2 yang tempat syaitan merah tidak jauh dari situ.

Yeah ! Akhirnya diriku berjaya menemui tempat persembunyian syaitan merah di Old Trafford.
Tak sia2 Ops Red Devils yang dilancarkan oleh diriku sendiri : )
Cuba memasuki tempat pertarungan syaitan merah yang seringkali tengok kat tv. Peluang untuk tengok secara live.
Bergambar bersama ahli2 syaitan merah


Tidak terkecuali bergambar bersama patung2 dan teddy bear yang menjadi mangsa kerakusan syaitan merah.
Juga mengambil kesempatan menyiasat lantas menyelidik aksesori2 syaitan merah yang dipamerkan ditempat persembunyian mereka.

Rupa2nya diluar tempat persembunyian syaitan merah agak meriah kerana pada malam tersebut akan berlaku perhitungan besar. Pasukan syaitan merah akan bertemu dengan The Blues.
Entah kenapa tetiba diriku menjoinkan diri dengan pasukan Red Devils. Walaupun sekadar memanaskan kerusi simpanan. Kira ayam tambatan / ayam yang ditambat jugak la.
Hinggalah ke larut malam diriku menjejaki makhluk ini. Ternyata memang benar syaitan merah wujud di Manchester !
Syaitan Merah @ `Red Devils` yang disumpah menjadi batu
Manchester United = Syaitan Merah =`Red Devils`
Wherever you are, Whatever you do, Janji Rock @ Hard Rock !

Tiada ulasan: