Ahad, 12 Jun 2016

ROAD TO MANCHESTER, UK

ROAD TO MANCHESTER

Untuk trip berikutnya ke England, saya memilih untuk stay di Manchester. Sanggup ulang-ulik saju jam lebih ke tempat kerja sebab kat Manchester lebih happening, senang nak cari makan dan ramai student Malaysia kat sini. Very important, dekat dengan stadium pasukan idola Manchester United. Mungkin sudah rezeki yang ditentukan Allah, saya kembali ke sini buat kali yang ke-4.






Perjalanan kali ini saya menginap dan menumpang di sebuah rumah salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Cheetam Hill. Alhamdulillah mereka melayan saya dengan baik macam anak sendiri.


Bandar Manchester besar dan luas. Terdapat pelbagai jenis pusat membeli belah dan hiburan. Kebanyakkan pengunjung hanya berjalan kaki atau mengunakan public transport sahaja seperti trem dan bas. Kalau datang dengan kereta kena parking jauh dan terpaksa menapak macam orang lain.

 Persiaran Bandar Manchester

 Hard Rock Cafe Manchester

Shopping Komplek Manchester Arndale


Stadium Old Trafford

Trip kali ni saya dah plan nak masuk stadium Old Trafford tengok perlawanan antara Manchester United dan Chelsea secara live dalam champion league. Selalu tengok kat astro jer, teringan gak nak rasa feel dalam stadium. Memang best diaorang punya supporter, respect habis la. Yang paling menggembiran ManU menang 2-1 malam tu : )




















Manchester City

Jarak antara Stadium Manchester City dan Old Trafford tak jauh, lebih kurang 2 atau 3 kilometer jer. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit.


Selain popular dengan bola sepak, Manchester juga terkenal dengan shopping complex besar yang diberi nama Old Trafford Shopping Complex, memang cantik interior die. macam istana.









Tiada ulasan: