TRAVEL TO ESPANA - Sevilla
Tempat menarik yang dikunjungi
Tiba hujung minggu, kerja off. Boring dok lepak kat hotel. Pegi kat receptionist, belek2 template/flyers. Tengok ade map untuk dijadikan guide nak pegi lawat tempat2 best kat sini. Maka meronda la sorang2 jadi 'lone ranger' sambil amik gambo. Alhamdulillah sampai jugak tempat yang nakdituju tu.
Tempat menarik yang dikunjungi
Tiba hujung minggu, kerja off. Boring dok lepak kat hotel. Pegi kat receptionist, belek2 template/flyers. Tengok ade map untuk dijadikan guide nak pegi lawat tempat2 best kat sini. Maka meronda la sorang2 jadi 'lone ranger' sambil amik gambo. Alhamdulillah sampai jugak tempat yang nakdituju tu.
Map yang di jadikan reference
Parque de María Luisa/Plaza de España
Hasil bacaan dalam flyers, Taman Maria Luisa adalah salah satu destinasi popular di ibu kota Andalusia dan merupakan taman terbesar di Sevilla disamping tersenarai antara taman terindah di Eropah. Ikut sejarah, nama taman ni bersempena nama Putri Maria Luisa d’Orleans yang mewakafkan tanah Istana San Telmo kepada negara Sepanyol pada tahun 1893. Parque de Maria Luisa dibuka untuk orang ramai setiap hari dari pukul 9.00 am - 10.00 pm, kalo nak masuk dalam kena bayar tiket berharga €2. Bangunan Maria Luisa dan Plaza de Espana terletak bersebelahan. Ukiran-ukiran halus yang berseni kat dinding bangunan memang mantop dan mengagumkan. Plaza de Espana merupakan lokasi penggambaran filem Star Wars Episode I: The Phantom Menace (1999) dan Star Wars Episode II: Attack of the Clones (2002).
Metropol Parasol
Dalam flyer tu dicadangkan jugak pegi kat satu tempat bernama Metropol Parasol, lokasinya di La Encarnacion Square. Oleh kerana nak tahu apa benda sebenarnya tu, dengan semangatnya saya pun pegi ke sana. Rupanya Metropol Parasol ni bangunan berstruktur kayu yang terbesar didunia. Tinggi 26 meter, sekali tengok macam cendawan, ada 6 kelopak macam payung. Ruang bawah tanah struktur ni ade muzium sejarah purba Rom, nama muzium ni Antiquarium. Kat sana diaorang panggil bangunan ni sebagai Las Setas de La Encarnacion.
Torre del Oro
Torre del Oro ni nama sebuah menara lama berbentuk seperti rumah api yang terletak tepi sungai di Sevilla. Dikenali juga dengan nama Menara Emas, dibina pada tahun 1200. Sekarang jadi muzium maritim dan tempat beriadah oleh penduduk setempat/pelancong. Tak ada yang menarik sangat selain dari tengok pemandangan sungai dan river cruise.
Alameda de Hércules
Dalam map flyer tu ade tempat bernama 'Alameda de Hercules'. Nama je dah best macam nama filem hollywood, tanpa berlengah lagi saya pun menapak pegi sana. Boleh tahan jugak jauhnya dari menara Torre del Oro, mau kebas kaki. Akhirnya sampai jugak kat tempat tu. Alameda de Hercules ni taman awam tertua di Sepanyol dan Eropah. Taman ni dipenuhi dengan statue/berhala/patung, pokok-pokok alamos, air pancut dan terdapat tiang macam obelisk, 2 tiang terletak dibahagian utara dan dua tiang lagi terletak di bahagian selatan, disusun macam tiang gol ragbi pastu ada patung di atas puncak tiang tu. Kat tiang tu tulis di bina pada tahun 1574. Mungkin ni tempat sejarah pahlawan/satria diaorang kot.
La Giralda
Giralda adalah bangunan lama masjid abad ke-12, diubahsuai jadi gereja Katedral. Ia merupakan lambang keagungan dan kejatuhan Islam suatu ketika dahulu. Terletak ditengah bandar Sevilla, senibina dan rekabentuk bangunannya sangat cantik dan awesome.
Plaza de Toros de la Maestranza
Tak jauh dari menara Torre del Oro, ada stadium sukan lawan lembu (Toro). Bentuknya macam stadium bola sepak cuma fungsi dia berbeza sebab orang (matador) lawan lembu. Kalau nak masuk kena bayar tiket berharga €25, tapi tak buka hari-hari sebab ada jadual perlawanan macam liga bolasepak.
Stadium Bola Sevilla
Guadalquivir River Bridges
Awesome Playground
Nanti Hantukampung nak blanja gambar masa gi UK plak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan