Selasa, 5 Julai 2011

DEMI MASA

Masa Hidup Kita Di Dunia


1hari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Saat/Detik

Normal manusia meninggal dunia (tahun)
<60th > 70th
60 th - 70 th
(65th)

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun.


"Baligh: Permulaan untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun




Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun bersamaan dengan;
18250 hari
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..


Masa Tidur



Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang dihabiskan untuk tidur;

18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan.

Dipermudahkan jadi 17 tahun masa tidur kita.

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Masa Aktiviti Harian

Aktiviti harian: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu aktiviti harian kita  ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti harian:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun


Ringkasnya 25 tahun usia kita digunakan untuk aktiviti harian



Masa Rehat


Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat;

18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun.

Jumlah masa rehat dalam hidup kita adalah 8 tahun.

Jumlah kesemuanya;

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Kesimpulannya, waktu hidup 50 tahun kita habis hanya untuk tidur,berehat dan melakukan aktiviti lain.


Bila Nak Beribadah ???



Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,Terimalah habuanmu seadanya..Memang benar ! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar. Memang benar ! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya. " Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "


Lalu Bila Nak Beribadah ???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi !

Kerena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga.Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima ?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun ?

1 solat = ± 10 minit
5 kali solat = ± 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai bersolat;
18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) Hanya 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita, Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.


Adakah pahala solat kita selama 2 tahun (bagi yang bersolat dan kusyuk dalam solatnya) setanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun ? Dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.


Itu jika dihitung bagi mereka yang bersolat, bagaimana pula bagi mereka tidak bersolat, langsung tak tahu apa itu solat,tidak tahu menahu tentang solat,mungkin tahu tetapi buat2 tak tahu atau langsung tak nak ambil tahu?
 
P/S : Renungan dan peringatan untuk diri dan kawan2


MALAIKAT MAUT MENZIARAH KITA SETIAP 21 MINIT ???

Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahawa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa".

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit


1440 minit/70=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Hakikatnya tidak hairanlah jika kita terdengar, terbaca mahupun terlihat ada manusia yang meninggal dunia secara tiba-tiba sama ada ketika solat, memandu, bermain bola, menyanyi, ketika shooting dan lain-lain. Bila tiba ajal seseorang itu tidak tercepat atau terlambat walau sesaatpun.


P/S: Agaknya macamana la life kite ye masa malaikat maut tu datang. Mesti tengah gelak-gelak tak ingat dunia, tengah mengumpat, takpun tengah layan melodi kat tv3 time orang tengah solat zohor. Tak mustahil tengah tengok wayang ngan awek, boleh jadi tengah main PS2 / PS3 - game ntahapahape, lagi teruk kalau time malaikat datang lawat tu kita tengah berdating @ buat benda tak senonoh.





INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA



Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 ;

Surah Al-’Asr 103: (1-3)


Maksudnya;

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."

(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Mari kita perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.


1. Sihat sebelum sakit – Semasa sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika sudah sakit adalah sukar untuk melakukan semua ini. Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita semasa masih sihat.

2. Muda sebelum tua – waktu kita muda inilah saatnya kita perlu berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua tidak lagi memikirkan hal duniawi. Selagi ada masa, buat…jangan duduk diam sahaja, cari selagi boleh cari! carilah mahupun harta, ilmu dan ibadat. Nanti dah tua sudah terlambat. Cepat kita bermula, cepat kita berjaya.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNya nanti. Ingatlah kekayaan itu hanyalah pinjaman kita kepadaNya. Allah boleh tarik bila-bila sahaja.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama manusia.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup, semua 4 perkara di atas adalah masa yang boleh kita lakukan.. bila telah tiada nanti kita hanya menanti amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.

 

Memang sudah menjadi lumrah manusia, mereka akan menjadi beringat, berwaspada dan bersiap sedia hanya apabila diberikan peringatan atau amaran. Selagi tiada peringatan yang masuk ke corong telinga, mereka akan sentiasa alpa dan leka. Sehingga akhirnya tanpa benteng iman yang ampuh, mampu menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.