Isnin, 20 Disember 2010

Konspirasi Dunia - 9/11

Tragedi 9/11 : World Trade Centre (WTC)


WTC,New York USA

Suatu ketika dahulu peristiwa serangan ke atas menara WTC amat mengejutkan seluruh dunia. Bagaimana sebuah negara yang diiktiraf sebagai polis terbaik dunia serta dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang terbaik itu boleh diceroboh? Satu dunia memberi tumpuan terhadap tragedi ini.



Serangan 11 September 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan Al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001.


Pada pagi hari itu, Kononnya dikatakan 19 pengganas Al-Qaeda telah merampas empat pesawat komersil. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) menghentam bangunan World Trade Center di bandaraya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan.


Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan.




Perampas-perampas Al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington, D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih kembali pesawat mereka daripada pengganas. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat daripada keempat-empat pesawat ini. Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2973 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu. Majoriti mangsa merupakan orang awam, termasuk rakyat asing dari 70 negara

Amerika Syarikat bertindak balas terhadap serangan ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan. Ia menyerang Afghanistan untuk menggulingkan Taliban, yang memberikan perlindungan kepada Al-Qaeda. Juga mengambil kesempatan itu menyerang Iraq atas alasan memerangi keganasan.


Teori Konspirasi WTC



- WTC yang dibina hampir secara keseluruhannya dari besi telah roboh kurang dari sepuluh saat. Runtuhan sepantas ini hanya boleh berlaku dengan penggunaan bom.


- Sebuah banggunan yang terletak jauh 7 banggunan dari WTC runtuh secara misteri.

- Sebuah plaza di Philidelphia terbakar selama 19 jam tapi masih kukuh berdiri. Banggunan ini mempunyai struktur yang sama dengan WTC. Namun WTC hanya terbakar sedikit dalam masa 1 jam – 2 jam sahaja telah roboh.

- WTC runtuh secara kebawah, ia telah melanggar teori graviti. Kerana ia sepatutnya roboh secara menyondong. Robohan bersih seperti itu hanya boleh dilakukan dengan penggunaan bom.

- Besi struktur banggunan WTC cair kerana kebakaran biasa yang mencecah hanya 1800 Fahrenheit? Padahal besi struktur banggunan tersebut boleh menahan sehingga 2500 Fahrenheit .

- Pekerja penyelamat menemui besi yang cair pada bahagian bawah tanah banggunan yang tak mengalami apa-apa kebakaran atau pelanggaran kapal terbang.


- Menurut sumber penyiasat kerajaan US semasa kapal terbang di rampas, kapal terbang tersebut telah kehabisan minyak. Namun semasa pelanggaran dengan WTC letupan yang dihasilkan terlalu kuat seperti letupan akibat tangki minyak yang penuh.


- Pihak NASA menemui haba yang tinggi dihasilkan pada kawasan WTC yang hampir mencecah 1400 Fahrenheit. Haba itu hanya boleh dihasilkan dengan meletupkan bom jenis C4 yang boleh mencapai haba 3000 Fahrenheit.

- Sebelum ini tiada laporan dari pihak anggota pemadam api yang menyatakan besi cair dalam kebakaran sebelum ini. Namun mengapa WTC, hampir separuh dari struktur besinya cair?

- Setiap laporan dari pihak pasukan penyelamat tragedi WTC telah dilupuskan.

- Sebanyak 40 juta dollar telah digunakan bagi menyiasat skandal Clinton tapi hanya 600,000 dollar sahaja diperuntukan bagi menyiasat keruntuhan WTC.

- Penyiasat merasa kagum dengan perampas kapal terbang, kerana kawalannya terhadap pesawat amat menakjubkan. Malahan ketika rampasan, tiada perbualan yang menunjukkan pesawat tersebut dirampas.

- Kenapa pihak keselamatan NORAD gagal menghentikan serangan WTC? Padahal sebelum ini mereka telah berjaya menyelesaikan kes rampasan kapal terbang sebanyak 67 kali. Bagaimana 4 pesawat boleh dirampas serentak?


- Lebih 4000 pekerja berbangsa Yahudi yang berkerja di bangunan WTC bercuti serentak pada hari kejadian. Adakah ianya satu kebetulan atau mereka telah pun diberitakan tentang akan berlakunya kejadian tersebut?

- Pentagon yang dikatakan telah dilanggar oleh 767 Boeing menjadi misteri apabila tiada bangkai pesawat ditemui ditempat kejadian.



EXTRA NOTE

WORLD TRADE CENTRE (WTC) clue

1. Bukak Microsoft Word.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY..Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu..
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.


Allahuakbar ..sesungguhnya perkara ini sudah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannya.Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar). Terdapat juga lambang tengkorak dan lambang yahudi.

Adakah ianya hanya satu kebetulan atau konspirasi ?

Renung dan Fikir-fikirkan..