Jumaat, 23 Disember 2011

Konspirasi Dunia- Lambang Bulan dan Bintang

Tahukah kita bahawa Lambang Bulan Sabit dan Bintang ini sebenarnya digunakan secara meluas di tamadun purba seperti Mesir Purba dan Babylon. Freemason juga menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan tidak ketinggalan lambang ini digunakan untuk pemujaan kepada Lucifer/Iblis oleh penyihir-penyihir (withcraft).

Bulan sabit di atas Eye of Ra (Tuhan Mesir Purba)

Asal Usul Lambang Bulan dan Bintang.

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.


Kepak Isis yang membentuk bulan sabit

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).


Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini).


Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.

Ukiran di dinding bangunan purba

Syiling purba yang menggunakan simbol bulan dan bintang

Tinggalan purba dahulu kala

Freemason dan Illuminati

BAWAH : Ini adalah lambang The Shriners yang mana dianggotai oleh mason-mason sekurangnya 32rd Degree. Juga menggunakan lambang bulan dan bintang.
Simbol The Shriners

Shriners merupakan alat yang digunakan oleh para Wiccan (withcraft) untuk menjalankan ritual mereka.
The Shriners


Lambang bulan dan bintang juga merupakan simbol bagi gerakan atau pertubuhan Freemason. Seperti yang dibincangkan dalam post sebelum ini, kita mengetahui bahawa Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia.

Antara simbol di lodge Freemason

Freemason

BAWAH : Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.

DeMolay International
Simbol-simbol pengenalan Freemason


Bendera Khingt Of Templar

Tiada ulasan: