Jumaat, 1 Oktober 2010

Konspirasi Dunia - Tower of Babel


TOWER OF BABEL

Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal ini semakin hampir. Jika kita perasan, binaan agung pada peradaban terdahulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa. Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of Babel !

Dajjal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersetongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.

Menara, Obelisk dan Piramid merupakan asas-asas binaan dajjal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang positif. Ia adalah  konsep yang mudah untuk difahami.
Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t.
Maksud Surah Al-Qasas, ayat 38:

Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.

Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel, Parlimen EU.

Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit seperti kata Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi .Mungkin ada diantaranya lebih tinggi dari Menara Babel.


Akhir zaman ini dilihat manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi atau menara pencakar langit termasuk orang islam/muslim. Mana-mana negara yang mempunyai bangunan tertinggi dianggap maju dan menjadi kebanggaan serta mercu tanda negara tersebut. Ini merupakan tanda-tanda kedatangan hari kiamat sepertimana yang telah diriwayat dalam hadith Shohih Bukhori : "Ketika pengembala (unta dan kambing) berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi, itu menjadi pertanda tibanya kiamat"



Jika dilihat pada ranking dunia hari ini, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai atau juga dikenali sebagai Burj Khalifa. Ketinggian Menara Dubai mencapai 828 m (2,717 kaki), dibina pada 21 September 2004 dan siap 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Kos pembinaan Menara ini dipercayai menelan AS$1.5 bilion.


Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu kabus sering menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai belum pernah mengalami kabus seperti itu sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.

Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara Malaysia, hal yang sama juga berlaku. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan dajjal ini.


Dajjal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu. Apabila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajjal si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak dari tenaga posifit dan melalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.

Gambaran bangunan pencakar langit akhir zaman

Tiada ulasan: